Penyediaan fasiliti di terminal jeti ke Pulau Langkawi: Suatu penilaian terhadap tahap kepuasan pelancong (The provision of facilities at jetty terminals to Pulau Langkawi: An assessment on the level of tourist satisfaction)

Shardy Abdullah, Aleff Omar Shah Nordin, Mastura Jaafar, Arman Abdul Razak, Azizan Marzuki

Abstract


Daya tarikan sesuatu pusat pelancongan dan kepuasan pelancong dalam banyak perkara bergantung kepada tahap penyediaan fasiliti sokongan. Dalam kes pelancongan Pulau Langkawi, penyediaan kemudahan sokongan di jeti terminal adalah penting kepada para pelancong yang menggunakan jalan laut. Tujuan utama artikel ini untuk menilai tahap kepuasan pelancong terhadap fasiliti yang disediakan di tiga terminal jeti penumpang ke Pulau Langkawi, iaitu di Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Pulau Pinang. Pengedaran borang soal selidik telah dilakukan bagi mendapatkan data yang diperlukan. Data yang diperolehi kemudiannya telah dianalisis dan hasilnya menunjukkan bahawa secara amnya tahap kepuasan pelancong terhadap fasiliti yang disediakan di terminal jeti ke Pulau Langkawi masih pada tahap yang kurang memuaskan. Bagaimanapun, tahap penyediaan fasiliti di terminal jeti tersebut tidak mempengaruhi pembuatan keputusan untuk berulang kali mengunjungi Pulau Langkawi. Walaupun penyediaan fasiliti bukanlah alasan utama untuk pelancong berulang kali melawat Pulau Langkawi, namun usaha patut dilakukan untuk meningkatkan tahap penyediaan kemudahan awam di jeti terminal berkenaan.


Katakunci: fasiliti, kunjungan ulangan, penilaian, Pulau Langkawi, tahap kepuasan pelancong, terminal jeti


Levels of attractiveness and satisfaction of tourism destinations to a large extent depend on the availability of various support facilities. In case of Langkawi, availability of facilities at jetty terminals is crucial for tourists visiting the Island via sea. The main objective of the present article is to assess the level of satisfaction among tourists toward the level of provision of facilities at three passenger jetty terminals to at Kuala Perlis, Kuala Kedah and Pulau Pinang. Questionnaire forms were distributed to obtain the needed data. These data were then analysed and results of the study showed that the level of overall satisfaction among the tourists toward provided facilities at jetty terminals to Pulau Langkawi stands at being less than satisfactory. Further analysis indicated that the level of tourist satisfaction on these provided facilities at the jetty terminals does not influence the tourists in making repeat visits to Langkawi Island. Although satisfaction on the provision of facilities at the jetty terminals is not the main reason for tourists to visit Langkawi Island, effort should be made to improve the situation.

Keywords: assessment, facility, jetty terminal, Langkawi Island, repetitive visit, tourist satisfaction


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.