Faktor yang mempengaruhi kunjungan ulangan pelancong antarabangsa: Suatu ulasan (Factors influencing revisit by international tourists: A review)
Abstract
Faktor penentu yang mempengaruhi kunjungan ulangan pelancong antarabangsa adalah penting untuk dikaji dalam usaha membangunkan sebuah destinasi pelancongan. Kunjungan ulangan bermaksud kecenderungan pelancong untuk membuat lawatan semula ke sesuatu destinasi pelancongan yang sama. Konsep kunjungan ulangan boleh diteliti dari aspek pengalaman masa lalu yang terdiri daripada tiga elemen iaitu keakraban, kepakaran dan pembelian atau penggunaan pada masa lalu. Kunjungan ulangan pelancong ke sesebuah destinasi boleh dibahagikan kepada dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman terdiri daripada empat faktor iaitu psikologi, fizikal, hubungan tindak balas dan penjelajahan / tinjauan. Manakala faktor luaran pula dibahagikan kepada faktor tangible dan intangible. Pelbagai pihak berkepentingan seperti agensi pelancongan, pihak kerajaan dan swasta perlu bekerjasama secara bersepadu dan peka dengan faktor-faktor penentu yang mempengaruhi lawatan ulangan pelancong antarabangsa ke sesuatu destinasi pelancongan. Dari segi implikasi dasarnya, langkah dan usaha penambahbaikan harus dilaksanakan dari semasa ke semasa agar berupaya meningkatkan ketibaan ulangan pelancong antarabangsa ke negara ini.
Katakunci: faktor dalaman, faktor luaran, faktor penentu, kunjungan ulangan, pelancong antarabangsa, pengalaman masa lalu
This paper examines the factors that influence international tourists to revisit a tourist destination in Malaysia. Repeat visits refer to the a decision to take frequent trips back to the a destination that the tourist had visited in the past. The concept can be examined in terms of past experience consisting of three elements: familiarity with the place, knowledge of the destination and the actual purchase or use of the destination. Factors influencing a tourist's decision to revisit a destination can be divided into internal and external variables. The former include psychological, physical, social interaction and adventure factors. External factors cover both tangible and intangible factors. Various stakeholders such as travel agencies, government and other affected parties must work together to strengthen the factors that influence the repeat visits to go to a destination. Such constructive measures should be undertaken from time to time to help build the attractiveness of the destination and hence contribute towards attracting more tourists to the country.
Keywords: external factors, influential factors, internal factors, international tourists, previous experiences, repeat visits
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.