Aplikasi pendekatan institusi ekonomi ke atas tanah pertanian terbiar di pulau-pulau sekitar Mersing, Johor (Application of economic institutional approaches to idle land on the islands off Mersing, Johor)
Authors
Azima Abdul Manaf
Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Mohd Yusoff Hussain
Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Suhana Saad
Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nurul Kamariah Mokhtarroji
Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract
Makalah ini memberikan penekanan terhadap penilaian secara sosial berkait dengan masalah tanah terbiar di pulaupulau sekitar Mersing, Johor. Fokus perbincangan diberikan kepada keupayaan institusi ekonomi untuk menghuraimasalah tanah terbiar yang dialami oleh pulau-pulau sekitar Mersing. Pendekatan institusi ekonomimengklasifikasikan punca tanah terbiar kepada dua, iaitu punca formal dan punca bukan formal. Punca formalmenjurus kepada peruntukan, peraturan mahupun akta yang bertulis manakala punca bukan formal lebih menjuruskepada peruntukan/peraturan tidak bertulis. Pendekatan ini memberikan penekanan terhadap sikap aktor yangbanyak dipengaruhi oleh institusi formal dan bukan formal tersebut. Sehubungan itu, kajian ini memberikanpenekanan terhadap punca-punca yang menyebabkan tanah di pulau sekitar Mersing menjadi terbiar atau takdiusahakan dan tanpa penghuni. Justeru, fokus kajian diberikan kepada tanah di pulau sekitar Mersing seperti PulauAur, Pulau Sibu dan Pulau Balang yang didapati sedang mengalami masalah depopulasi. Pengumpulan data dibuatdengan menggunakan kaedah kualitatif. Temu bual secara mendalam dengan pemilik tanah telah dilakukan bagimengenal pasti peraturan formal dan bukan formal yang mempengaruhi sikap mereka sehingga mewujudkanmasalah tanah yang tidak diusahakan dan menjadi terbiar di kawasan pulau. Hasil analisis mendapati terdapatbeberapa punca yang mendorong masalah tanah terbiar di kawasan pulau yang terpilih antaranya faktor pewartaantanah sebagai taman. Pwartaan taman laut telah memberi implikasi terhadap depopulasi komuniti pulau sehinggamenyebabkan pengosongan pulau dan mewujudkan tanah terbiar. Justeru, kertas kerja ini cuba menunjukkankepentingan peraturan/peruntukan formal yang telah membataskan penawaran tanah untuk maksud pembangunan dikawasan kajian.Katakunci: depopulasi, tanah peranian terbiar, pendekatan institusi, punca formal dan bukan formal, taman lautThis article emphasizes on the social evaluation pertaining to the problem of idle land on the islands off Mersing, Johor. Focus of the discusion is given to the ability of economic institutions to explain the problem of idle land in those islands. Economic institutions clasify the sources of the problems that lead to idle land into two: there are formal and informal sources. Formal sources refer to designation and regulation which are written acts while informal sources are mainly unwritten rules. This approach emphasizes on the attitude of actors who are in many ways being affected by formal and informal sources. The article gives attention to the causes that lead the land in the islands goes idle, unattended and uninhabited. The study was carried out on the islands of Aur, Sibu and Balang that went into the process of depopulation. The data were collected using qualitative methods. In-depth interviews with land owners have been done to identify the formal and informal sources that influence their attitude to let the land goes uncultivated. The analysis detected several factors leading to the problem of idle land in those islands, and one of them is the gazeting of the islands as marines’ parks. The gazeting exercise has lead to community depopulated thus resulting them to evacuate the island that caused the land uncultivated. This paper tries to exhibit the importance of rules or provisions which can limit the supply of land for development purposes.Keywords: depopulation, formal and informal sources, idle agricultural land, institutional approache, marines parks