Analisis pola pengundian etnik Cina dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor (An analysis of the Chinese voting pattern in the by-election of Tenang constituency Legislative Assembly (DUN), Johor)

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Mohd Faidz Mohd Zain

Abstract


Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor 2011 diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, iaitu Datuk Sulaiman Taha. DUN Tenang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Labis (terletak dalam daerah Segamat, utara negeri Johor) merupakan kawasan kubu kuat UMNO/BN. Kawasan ini meliputi kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), kampung tradisi Melayu, estet kelapa sawit dan pekan yang didiami etnik Cina. Dalam pilihan raya kecil ini, sokongan etnik Cina menjadi penentu dan akan mempengaruhi naik-turun undi popular BN. Sehubungan dengan itu, tujuan artikel ini untuk menganalisis trend pengundian etnik Cina dalam PRK DUN Tenang. Persoalan yang cuba dilihat ialah faktor-faktor yang mempengaruhi pola pengundian mereka dalam pilihan raya tersebut. Analisis daa berdasarkan pemerhatian dan temu bual di lapangan menunjukkan kawasan yang majoritinya pengundi etnik Cina memihak kepada parti pembangkang/PAS namun kawasan majoriti Melayu terus didominasi UMNO/BN. Sokongan pengundi kaum Cina kepada parti pembangkang/ Pakatan Rakyat adalah kerana mereka percaya bahawa Pakatan Rakyat dapat menjadi kerajaan alternatif di peringkat negeri dan pusat bagi memperjuangkan hak mereka, memberikan keadilan sosial, ekonomi dan politik yang menyeluruh tanpa mementingkan sesuatu kaum sahaja. Pengundi Cina juga berani untuk mengubah sokongan mereka dengan memberi peluang kepada parti pembangkang untuk berkuasa sama ada di peringkat negeri mahupun pusat. Hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak berkenaan untuk menentukan faktor yang mempengaruhi pola pengundian etnik Cina dan ini boleh asas bagi merangka strategi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Katakunci: Dewan Undangan Negeri, etnik Cina, keadilan sosial, Kerajaan Negeri, Pilihan Raya Kecil, pengundi

The by-election of Tenang constituency Legislative Assembly area, Johor 2011 was held following the death of the incumbent Datuk Sulaiman Taha. Tenang located in the parliamentary election area of Labis (located in the district of Segamat, northern state of Johor) was the stronghold of the UMNO /BN. The constituency covers an area of the Federal Land Development Authority (FELDA), Malay traditional villages, oil palm estates and small towns that are homes to Chinese. In this election, the Chinese support could be decisive and will influence the BN’s popular vote. Accordingly, the purpose of this article to analyse the patterns of Chinese ethnic voting in this byelection. The present study explores factors that influence their political behavior in the by-election. Result of analysis of data gathered through field observations and interviews showed that majority of ethnic Chinese voters were in favor of the opposition party / PAS but the Malay majority continued to support UMNO /BN. The Chinese support for the Opposition / PR was mainly attributed to the believe that Pakatan Rakyat (PR) or opposition party can be the alternative governments at state and federal levels. The opposition party is more capable of exercising their rights to provide social justice, economic and political as a whole disregard of their ethnic origins. Chinese voters also dare to change their support by giving the opposition the power whether at the state or national levels. These findings provide guidance to the parties concerned in determining the factors that influence the voting patterns among the chinese and this can be used as a basis for formulating strategy in the next general election.

Keywords: by-election, Chinese ethnic, social justice, State Legislative Assembly, the State Government, voters


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.