Keluarga sihat melahirkan komuniti sejahtera: Satu ulasan (A healty family generates prosperous community: An overview)
Abstract
Keluarga yang sihat merupakan tunggak penting dalam melahirkan individu dan komuniti sejahtera. Kesejahteraan individu secara psikologi, mental dan fizikal boleh membantu membina komuniti yang makmur dari segi sosial, ekonomi dan kesejahteraan ekologi manusia. Berdasarkan kajian literatur, makalah ini mengulas kepetingan tahap kesihatan keluarga dalam membentuk komuniti yang sejahtera. Kesejahteraan dalam keluarga bermakna setiap unit dalam keluarga bebas daripada gejala sosial, bebas daripada cerai-berai, bebas membuat keputusan yang positif dan bebas dalam mencari nafkah untuk kesejahteraan keluarga. Bagi mencapai semua matlamat dalam kesejahteraan keluarga, kesihatan dalaman dan luaran adalah penting bagi membolehkan seseorang individu melaksanakan aktiviti harian dengan baik. Tahap kesihatan merupakan faktor penting dan masyarakat harus memberi keutamaan dalam penjagaan kesihatan yang boleh membantu kesejahteraan dan keseimbangan sesebuah komuniti. Komuniti yang sihat sepenuhnya akan menghasilkan sebuah negara yang produktif serta melahirkan individu yang berada dalam keadaan tenang secara fizikal, psikologi dan mental. Hanya dengan keadaan sebeginilah komuniti akan berada dalam harmoni, tenang dan bergerak ke arah yang lebih baik pada masa akan datang.
Katakunci: ekologi, individu, keluarga, kesejahteraan, kesihatan, komuniti
A healthy family is a crucial component in producing prosperous individuals and community. The individuals’ well being, psychologically, mentally and physically, can help in building a prosperous community in terms of social, economic and ecological well being of humans. The present article is an overview on the importance of the level of family health in generating a prosperous community. Prosperity in a family means that every unit of the family are free from social problems, free from divorce cases, free in making positive, independent decisions and free in making a living for their family. To achieve all the objectives in family prosperity, it is important to have good health, both internally and externally, so that an individual would be able to carry out their daily activities well. Thus, health is an important factor and the society should give priority in health to conserve the prosperity and balance of a community. A community that is entirely healthy will produce a productive country as well as individuals that are in a calm state, physically, psychologically and mentally. Only with this condition, the community will be in harmony, peace and will move towards the better in the future.
Keywords: community, ecology, family, health, individual, well being
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.