Keselesaan terma rumah kediaman dan pengaruhnya terhadap kualiti hidup penduduk (Thermal comfort of house and it’s influence on people’s quality of life)

Haryati Shafii

Abstract


Keselesaan terma di tempat kediaman merupakan aspek keselesaan yang perlu diberi keutamaan dalam sesuatu pembangunan perumahan bagi mewujudkan kehidupan yang berkualiti. Kajian ini mengenal pasti isu ketakselesaan terma di dalam dan luar rumah yang boleh menganggu penduduk untuk menjalankan aktiviti di samping mempengaruhi kualiti hidup. Kajian ini telah dijalankan di beberapa taman perumahan dalam Majlis Perbandaran Kajang, Selangor yang merangkumi Seksyen 1 dan Seksyen 2 Bandar Baru Bangi, Kajang Utama, Bukit Mewah, dan Taman Sentosa. Kajian ini melibatkan pengukuran suhu di 70 buah rumah yang telah dipilih sebagai sampel. Pengukuran suhu dijalankan di dalam dan luar rumah sebanyak empat kali berturut-turut pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam. Hasil kajian menunjukkan suhu di dalam rumah adalah 23 ºC - 31 ºC dan di luar rumah 25 ºC-32ºC. Kelembapan bandingan yang diperolehi bagi semua jenis rumah adalah tinggi iaitu 51%-90%. Rumah banglo merupakan rumah yang paling selesa dengan keadaan terma yang dicatatkan 23 ºC-28 ºC dan kelembapan bandingan 65%-70%. Rumah pangsa paling tidak selesa dengan mencatatkan keadaan terma 24 ºC-32 ºC dan kelembapan bandingan 51%-59%. Bagaimanapun secara keseluruhannya, selain rumah banglo pada waktu pagi, dalam keadaan biasa, tempat tinggal kebanyakan penduduk di Perbandaran Kajang didapati kurang selesa. Justeru, ketakselesaan terma di rumah menyumbang kepada penurunan kualiti fizikal kehidupan penduduk berkenaan.

Katakunci: bandar mampan, jenis rumah, kelembapan bandingan, keselesaan terma, kualiti hidup dan rumah, suhu

Thermal comfort in a place of living is an important physical aspect of people’s quality of life. This study identifies internal and external thermal discomfort that contribute to quality of life.The present study was conducted in Section 1 and Section 2 of Bandar Baru Bangi, Kajang Utama, Bukit Mewah and Taman Sentosa, Kajang. Temperature measurements were carried out four time daily, in the morning, evening, afternoon and night, for both the inside and outside of 70 houses selected as sample. The study recorded interior temperatures ranging between 23 ºC-31 ºC, and external temperatures between 25 ºC-32 ºC. Relative humidity for all stations were high, between 51%-90%. The study tend to show that bungalow type of houses are the most comfortable to live in, with temperature between 23 ºC-28 ºC and relative humidity of 65%-70%. Flats are the least comfortable to the live in, with temperatures between 24 ºC-32 ºC and relative humidity of 51%-59%. However, overall except for bungalow in the morning, under normal circumtances, the living places of most people in the Kajang Municipality are less confortable. This suggests that thermal discomfort is contribute to the decline of physical quality of life of the people.

Keyword: quality of life and house, relative humidity, sustainable city, temperature, thermal comfort, type of house


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.