Pantai peranginan Besut, Terengganu sebagai destinasi pilihan pelancong (The coastal beach of Besut, Terengganu as a preferred tourist destination)
Abstract
Pusat-pusat peranginan pantai di daerah Besut Terengganu mempunyai tahap kemudahsampaian yang tinggi dan kemudahan infrastruktur yang baik seiring dengan kemajuan sektor pelancongan negara. Pusat peranginan ini mendapat sokongan, galakan dan insentif yang istimewa daripada kerajaan. Kajian ini bertujuan menilai tahap kepuasan pelancong terhadap pantai peranginan di daerah Besut sebagai destinasi pilihan percutian keluarga yang mapan. Menggunakan data sekunder dan kaji selidik ke atas 100 pelancong, kajian ini mendapati bahawa dari segi fizikal pantai peranginan di daerah Besut khususnya pantai Air Tawar, pantai Bukit Keluang dan Pulau Perhentian, sesuai dikunjungi kerana masih lagi terpelihara dan mampan. Pembangunan kemudahan fizikal seperti chalet dan motel dikawal rapi oleh pihak berkuasa pembangunan negeri. Majoriti pengunjung adalah berkeluarga dan pelancong domestik. Penelitian berdasarkan pandangan pelancong tentang tahap kelestarian dan kemajuan pusat peranginan pantai ini mendapati bahawa tidak banyak lagi perubahan fizikal yang sesuai dibangunkan dan boleh diterima untuk mengekalkan kelestarian persekitaran kawasan tersebut. Kebanyakan pengunjung dan penduduk menghadkan penerimaan kemungkinan kesan-kesan buruk pembangunan fizikal terhadap ekosistem pantai di destinasi pelancongan tersebut hanyalah pada tahap ambangan yang minimum sahaja.
Katakunci: ambangan, Besut, keupayaan daya tampung, mampan, pelancongan pantai, pusat peranginan
Beach resorts in the district of Besut, Terengganu have high levels of accessibility and good infrastructural provision in line with the progress of national tourism development. The sector has also been supported and given special incentives by the government. The objective of the present article is to assess the level of visitors’ satisfaction of the resorts as a preferred destination for family holidays. Using secondary data and information gathered through a questionnaire survey, the study showed that beach resorts particularly Pantai Ayer Tawar, Pantai Bukit Keluang and Pulau Perhentian generally were still well preserved. The threshold levels of sustainability were considerably high as the state and local authorities closely monitored the physical development of chalets, motels and recreational facilities in the area. The majority of domestic family visitors. Analysis of the visitors and local public’s opinions of the state of development of the coastal resorts revealed that not much more physical development of the resorts could be accommodated to maintain the present levels of sustainability of the area.
Keywords: Besut, carrying capacity, coastal tourism, resort, sustainabality, threshold limit
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.