Intelektual pembangunan: Antara yang menyumbang dan mendendang (Discoursing Malaysian development: The contrasting traits of public intellectuals)
Authors
Jalaluddin Abdul Malek
Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract
Intelektual pembangunan bermaksud individu yang memberi manfaat dan menyumbang ilmunya kepada masyarakat sama ada dari sudut pembangunan politik, polisi, pentadbiran, ekonomi, sosio-budaya, teknologi, pelajaran, undangundang, etika dan moral. Berdasarkan wacana popular, masih terdapat mereka yang kurang jelas mengenai budaya intelektual pembangunan. Wacana popular lebih melihat intelektual pembangunan secara universal dan bukan melihat secara partikular. Dalam wacana ilmiah budaya intelektual dilihat secara partikular iaitu terbahagi kepada dua sifat. Pertama intelektual yang menyumbang dan kedua intelektual yang mendendang. Perbincangan ini melihat sejauh mana perbezaan sifat di antara golongan intelektual pembangunan yang menyumbang dengan golongan intelektual pembangunan yang mendendang. Hasil perbincangan ini mengguna kaedah analisis wacana diskriptif iaitu melihat perbezaan intelektual di bawah metod pemahaman budaya intelektual. Hasilnya didapati terdapat perbezaan sifat keperibadian dan keilmuan di antara golongan intelektual pembangunan yang menyumbang dengan intelektual pembangunan yang mendendang.Katakunci: inteletual masyarakat, nilai, pembangunan, pembangunan nasional, wacana pembangunan, worldviewIntellectuals inspire, articulate and drive a nation’s development. Or do they really? This article takes a closer look at the myth or reality of Malaysian development intellectuals by examing their individual and cultural traits and typology. In the light of contemporary literature and Malaysian unique cultural milieus and worldviews it is found that there are at least two distinct types of development intellectuals informing the discourse of Malaysian development : one that labours genuine thoughts on what proper and sound national development should be , and the other that mainly hypes what is popular or ought to be popularized.Keywords: development, discourse, national development, public intellectuals, values, worldviews