Potensi premis penginapan kecil dan sederhana dalam pembangunan pelancongan pantai di Kelantan (Coastal tourism and the catalytic potential of small and medium premises: The case of Kelantan, Malaysia)
Abstract
Industri pelancongan di Kelantan merupakan satu industri yang penting pada tahun 2012. Anggaran dalam menarik enam juta pelancong sempena TMK12 akan memberi cabaran terutamanya kepada penyediaan premis penginapan yang mencukupi terutama bagi premis penginapan kecil dan sederhana. Pembangunan premis penginapan kecil sederhana mampu memberi tarikan berlainan kepada pelancong terutamanya yang terletak di kawasan desa berpantai. Oleh itu, kertas kerja ini membincangkan beberapa aspek penting dalam perancangan infrastruktur premis penginapan kecil sederhana. Fokus ialah kepada aspek infrasturuktur kerana ia merupakan tarikan utama dalam industri pelancongan di Kelantan terutamanya semasa Tahun Melawat Kelantan 2012. Oleh itu, perbincangan ini menyarankan beberapa idea dalam menambah baik penyediaan infrastruktur kepada pelancong. Kajian dijalankan dengan menemuduga pengunjung premis penginapan terpilih melalui borang kaji selidik dan pemerhatian terhadap pengguna premis penginapan tersebut. Hasil kajian mendapati kemudahan elektrik yang disediakan oleh TNB dan bentuk promosi yang dilakukan oleh kerajaan bakal mempengaruhi pengunjung dan pengguna untuk datang kembali menginap. Sebagai kesimpulan, kemudahan penyediaan elektrik oleh TNB dan bentuk promosi perlu dipertingkatkan bagi mempengaruhi penginap untuk datang kembali dan menarik pelancong untuk menginap di kawasan kajian.
Katakunci: infrastruktur pelancongan, infrastruktur penduduk, kemudahan, pelancongan pantai, penyediaan infrastruktur, premis penginapan kecil dan sederhana
As tourism industry evolves and becomes creative, developing tourism does not have to rely solely on large scale accommodation facilities. In coastal tourism, in particular, the role of small to medium scale premises may indeed be catalytic in attracting tourists and thus in advancing the tourism cause provided they are given due attention with respect to the provision of essential facilities and amenities. Tourism industry in Kelantan faced these kind of challenges in its 2012 Visit Malaysia Year which estimated the influx of some six million tourists into the state . This paper discusses the important aspects of infrastructure facilities in the development of small scale tourist accommodation facilities. The focus is on the the quality issue of infrastructure provision in Kelantan’s coastal tourism sub-sector as it faced the 2012 challenges. The study involved field interviews utilising questionnaires with both premise operators and visitors and field observations of the physical condition of the premises. The findings revealed that the utilities and facilities provided by the electricity suppliers (TNB) and the promotional aspects of the premises were two factors that significantly influenced visitors’ decision to re-visit the accommodation premises in future.
Keywords: coastal tourism, small and medium tourism premises, tourism facilities, tourism amenities, tourism infrastructure, tourism promotion
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.