Melayu di sempadan: Penghilangan konsonan obstruent-homorganik dalam dialek Melayu Patani (Borderland Malays: Obstruent-homorganic consonants deletion in Patani Malay dialect)
Abstract
Dari segi politik komuniti Melayu Patani dimiliki oleh Thailand. Bagaimanapun, kehampiran atau afiniti mereka dengan orang Melayu di utara Semenanjung Malaysia menyebabkan mereka dianggap sebagai lebih bersifat Malaysia daripada Thailand. Satu aspek yang mendasari kehampiran mereka dengan orang Melayu Malaysia ialah dialek mereka. Kajian ini dilakukan untuk menghuraikan persoalan penghilangan konsonan pada gugusan nasalobstruen homorganik dalam dialek Melayu Patani. Gejala fonologi dalam kajian ini dianalisis dengan menerapkan Teori Fonologi Autosegmental Model KV. Data kajian diperolehi daripada penutur dialek Melayu Patani dari Kampung Nasa, Daerah Mayo, Wilayah Pattani, Thailand. Dapatan kajian mendapati bahawa penghilangan salah satu konsonan pada gugusan nasal-obstruen homorganik adalah disebabkan oleh proses delinking yang ada kaitan dengan faktor penyuaraan pada obstruen tersebut. Data menunjukkan apabila gugusan obstruen itu memiliki fitur [+suara], obstruen akan dihilangkan. Namun, apabila obstruen yang hadir pada gugusan tersebut memiliki fitur [-suara], konsonan nasal yang akan dihilangkan. Melalui dapatan kajian ini, persoalan penghilangan konsonan nasal dan penghilangan konsonan obstruen bersuara pada gugusan nasal-obstruen telah dapat dihuraikan dengan berpada menggunakan Teori Fonologi Autosegmental Model KV.
Katakunci: afiniti, dialek Melayu Patani, konsonan obstruen homorganik, model KV, penghilangan, teoriautosegmental
Patani Malays politically belong to Thailand. Yet their affinity with Malays of northern Peninsular Malaysia make them more identifiable with Malaysia than with Thailand. One fundamental aspect of this affinity with Malaysian Malays is their dialect. This study analysed linguistically the phonological issues of deletion of consonants in Patani Malay dialect. The deletion phenomena studied were the lost of consonants in the nasal obstruent homorganic cluster. The phonological issues discussed were analyzed using the CV Model of the Autosegmental Theory. Data were collected from speakers of Patani Malay dialect of the Nasa village, Mayo District of Pattani, Thailand. The study showed that the deletion of a consonant in the nasal obstruent homorganic cluster was related to the [+/-voicing] factor and as a result of delinking rule. Data showed that if the obstruent clusters present in the feature is [+voicing], the obstruent will be deleted, but if the obstruent clusters present in the feature is [- voicing], nasal consonant will be removed. Data from this study showed that the issues of the removal of nasal consonants have been fully explained using the CV Model of the Autosegmental Theory.
Keywords: affiniti, autosegmental theory, CV model, deletion, obstruent homorganic consonants, Patani Malay dialect
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.