Mengurus keselamatan Malaysia: Peranan program pembangunan kepimpinan dalam meningkatkan prestasi kerja pemimpin tentera (Managing Malaysia’s security: The role of leadership development programme in enhancing military leaders’ job performance)
Authors
Azman Ismail
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Noor Azmi Mohd Zainol
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia
Nor Asiah Omar
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Rohani Yusof
Jabatan Perniagaan, Politeknik Seberang Perai
Abstract
Program pembangunan kepimpinan (PPK) dianggap sebagai satu isu yang strategik dalam bidang pembangunan dan pengurusan modal insan. Dalam konteks organisasi, kebanyakan majikan telah mengambil inisiatif untuk mengubah paradigma program latihan kepimpinan daripada pendekatan tradisional yang berasaskan kerja kepada pendekatan kontemporari yang berasaskan matlamat, budaya dan strategi organisasi. Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur perhubungan di antara program pembangunan kepimpinan dan prestasi kerja pemimpin. Kaedah kaji selidik telah digunakan untuk menggumpul data daripada para pemimpin kor infantri di Malaysia. Keputusan pengujian hipotesis mengunakan model laluan Smart Partial Least Squares (SmartPLS) mengesahkan bahawa peranan jurulatih dan sokongan pengurusan berupaya bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada prestasi kerja pemimpin tentera. Manakala, kandungan kursus tidak berupaya bertindak sebagai pemboleh ubah peramal yang penting kepada prestasi kerja pemimpin tentera di organisasi kajian.Katakunci: kandungan kursus, kepimpinan, peranan jurulatih, prestasi kerja pemimpin tentera, SmartPLS, sokongan pengawai atasanLeadership development programme has come to be regarded as a strategic matter in contemporary human resource development. In organizational contexts this trend has led to the adoption of various initiatives by employers to enact a paradigm shift in HRD from the traditional approach that was job-based to one based on organizational goals, culture and strategies. The study measures the relationship between leadership development programmes and leaders’ job performance with reference to Malaysia’s military leaders. A survey method was employed to gather data from ten core infantry army leaders. Results of hypothesis testing using Smart Partial Least Squares (SmartPLS) path model analysis confirms that in contrast to course content, trainer’s role and management support do act as important predictors of military leaders’ job performance.Keywords: course content, human resource development, leadership development, management support, military leaders’ job performance, SmartPLS