Impak sosio-ekonomi dan politik persempadanan semula bahagian pilihan raya Negeri Sarawak (Socio-economic and political impacts of electoral constituency redistricting in Sarawak)
Abstract
Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengkaji semula pembahagian Negeri Sarawak kepada Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri mulai 23 Februari 2015 hingga 6 Mac 2015. Berikutan dengan kajian semula itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah menampilkan syor-syor berikut: (a) tiada perubahan bilangan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan bagi Negeri Sarawak; (b) jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak ditambah sebanyak sebelas Bahagian yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 82 Bahagian; (c) pindaan kepada nama Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan yang melibatkan satu Bahagian Negeri Sarawak; dan (d) pindaan kepada nama empat Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri. Persempadanan semula Bahagian-Bahagian pilihanraya Sarawak ini adalah berdasarkan jumlah bilangan pemilih dalam Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya yang diwartakan pada 30 April 2014. Kesimpulannya, persempadanan semula bahagian pilihan raya ini akan mengubah landskap sosioekonomi dan sosiopolitik di bumi kenyalang ini. Dengan adanya pertambahan kerusi DUN di Sarawak ini maka peruntukan pembangunan di 11 kawasan yang baru diwujudkan akan lebih terfokus dan merancakkan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar.
Katakunci: Suruhanjaya Pilihan Raya, bahagian pilihan raya, persempadanan semula, pemilih, sosioekonomi,
sosiopolitik
The Election Commission has reviewed the division of Sarawak’s Federal and State Constituencies beginning from 23 February 2015 to 6 March 2015. Consequentially, the Commission has made the following recommendations : (a) no alteration in the number of Federal Constituencies for; (b) the number of State Constituencies for Sarawak is increased by eleven making the new total 82; (c) amendments to the name of the Federal Constituencies of one Federal Constituency; and (d) amendments made to the name of the State Constituencies of four State Constituencies. The re-districting was based on the total number of voters in the Electoral Rolls endorsed by the Election Commission and gazetted on 30 April 2014. In conclusion, the electoral re-districting is expected to alter the socio-economic and political landscapes of Sarawak. With the additional 11 state assembly seats created Sarawak is expected to receive greater development budget allocations which would invigorate further infrastructural development of its rural areas.
Keywords: Election Commission, constituency, re-districting exercise, rural infrastructures, socio-economic
landscape, voters
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.