Isu dan cabaran dalam pembentukan landskap perbankan di Indonesia: Suatu kajian teori dan empirik (Issues and challenges in the shaping of Indonesia’s banking landscape: A theoritical and empirical study)

Akhmad Muhammadin, Er A.C, Suraiya Ishak

Abstract


Pelbagai faktor mempengaruhi pembentukan landskap perbankan sesabuah negara. Persekitaran perbankan dan dasar kerajaan tentunya amat menentukan sifat isu dan cabaran yang dihadapi. Artikel ini bertujuan membincangkan pengaruh gelora persekitaran perbankan dan dasar kerajaan terhadap prestasi perbankan di Indonesia. Sumber data kajian ini adalah seluruh perbankan di Indonesia berdasarkan laporan tahunan Bank Indonesia (BI), statistik perbankan Indonesia dan direktori perbankan Indonesia. Kajian ini menunjukkan bahawa perbankan yang berprestasi baik di Indonesia adalah yang mampu menunjukkan tahap penyesuaian dan fleksibiliti tinggi dengan persekitaran dan peraturan kerajaan. Implikasinya ialah strategi yang inovatif merupakan asas bagi meningkatkan prestasi perbankan. Justru, konsep penambahbaikan yang berterusan sangat penting dalam usaha meningkatkan prestasi. Melalui konsep tersebut syarikat dituntut untuk bergiat dengan lebih aktif dalam ekonomi, kecekapan dan keberkesanan. Langkah ini dijangkakan dapat memberi sumbangan kepada pembentukan strategi kepelbagaian, dapat menyampaikan maklumat tentang pengaruh persekitaran turbulen dan pengaruh peraturan kerajaan, dan dapat memberikan sumbangan praktikal bagi para pembuat keputusan.

Katakunci: Bank Indonesia, sektor perbankan, peraturan kerajaan, persekitaran turbulen perbankan, prestasi perbankan, strategi kepelbagaian


Various factors influence the actual shaping of a nation’s banking sector. Prevailing banking environment and government regulations are certainly most defining of the issues and challenges encountered in the process. The objective of the present article is to discuss the influence of turbulent banking environment and government regulations on banking performance in Indonesia. The source of data for this research is all the banks in Indonesia, particularly the Bank of Indonesia’s annual reports, and Indonesia’s banking statistics and banking directories. The study reveals that Indonesian banking performance is highly adaptable to, and flexibile with, banking environmental turbulence and government regulations, implying that developing innovative strategies is fundamental to improving banking performance. The concept of continuous improvement is thus important in creating a solid performance through which the company is required to be more active economically as well as effective and efficient. Such measures are expected to contribute to the formulation of diversification strategies, to deliver information about the influence of environmental turbulence and that of government regulations, and to provide a practical contribution to decision makers.

Keywords: Bank of Indonesia, diversification strategies, banking sector, government regulations, banking performance, turbulent banking environment


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.