Sungai Melaka dan Pelan Pembangunan Sumber Air negeri: Kajian kes persepsi warga tempatan (The Malacca River and the state Water Resource Development Plan: A case study of citizen perception)
Abstract
Pembangunan pesat ekonomi yang menyaksikan pembinaan pelbagai kilang tanpa kawalan telah mencemarkan Bandar dan air sungai Melaka sehingga kerajaan negeri terpaksa melancarkan program radikal untuk merubah Negeri Melaka kepada Bandar Teknoloji Hijau atau ‘Green Technology City’. Antara pendekatan yang digunakan dalam Teknologi Hijau adalah melibatkan program biodiesel, program tenaga solar, penggunaan kereta elektrik, dan program pemuliharaan sungai. Program ini telah dirumuskan sebagai dasar atau polisi yang sesuai untuk mengekalkan persekitaran dalam jangka masa panjang. Undang-undang dan peraturan memainkan peranan penting dalam menjayakan program Teknologi Hijau. Walau bagaimanapun, pelaksanaan ini akan mengambil masa da jarak masa ini akan mendorong pihak yang tidak bertanggungjawab untuk terus mencemarkan air Sungai dan alam sekitar Melaka. Berdasarkan kajian soalselidik yang melibatkan 200 penduduk tempatan kajian ini mendapati bahawa meskipun pada umumnya warga tempatan amat menyanjung program mesra alam ini namun mereka merasakan adalah paling mustahak bagi kerajaan negeri memberikan tumpuan kepada penyelesaian sumber air sungai Melaka. Ini kerana ‘sedar sebelum hilang’ adalah lebih baik daripada ‘cari selepas hilang’.
Katakunci: Bandar Teknologi Hijau, degradasi alam sekitar, pencemaran air, pengurusan sumber air, persekitaran lestari, perundangan dan peraturan alam sekitar
Decades of high speed economic development which saw various factories being constructed without much control has polluted both the Malacca City and River to the extent that the state government has to embark on a set of radical programmes to transform the city state into a Green Technology City. Examples of the efforts made are the biodiesel programme, the solar valley programme, the electric car charging stations, and a river conservation programme. Equipped with proper and adequate legislation and regulation instruments the goals are long term sustainable environment for the state. However, the necessary time lag between policy implementation and goals realization may cause irresponsible parties to continue to pollute the Malacca River and degrade the surrounding environment. From the questionnaire survey of 200 local residents this research found that although the local citizens approved of and lauded the state environmental programmes they were of the opinion that it was crucial for the state government to concentrate more on water resource solutions. For saving the water resource before it disappears is better than searching for it after it disappears.
Keywords: environmental degradation, environmental legislation and regulation, Green Technology City, sustainable environment, water pollution, water resource management
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.