Hubungan sosial dan perniagaan kecil-kecilan di Malaysia - Tingkah laku inovatif usahawan wanita atas talian (Social ties and small-scale businesses in Malaysia - Innovative behaviour amongst online women entrepreneurs)

Gusniar Nurdin, Geraldine K.L. Chan, Sivapalan Selvadurai, Suraiya Ishak

Abstract


Keusahawanan atas talian di Malaysia kini semakin terkenal dalam kalangan usahawan wanita di Malaysia, khususnya dalam perniagaan yang berbentuk secara kecil-kecilan. Penggunaan internet merupakan asas bagi usahawan wanita tersebut untuk memula dan meneruskan aktiviti keusahawanan mereka. Kejayaan atau kegagalan penglibatan dalam bidang keusahawan ini boleh bergantung kepada tingkah laku inovatif usahawan wanita dalam membentuk hubungan sosial dengan ahli keluarga, rakan, pekerja, pelanggan dan pembekal yang memberi manfaat yang menguntungkan kepada mereka dari segi material dan bukan material. Hubungan sosial itu bersifat konvensional dan bukan konvensional. Hubungan konvensional adalah hubungan yang dibentuk secara bersemuka manakala hubungan bukan konvensional dibentuk atas talian yang tidak memerlukan pertemuan bersemuka. Tujuan artikel ini meneliti tingkahlaku inovatif yang ditunjukkan oleh sebilangan usahawan wanita atas talian dalam membentuk dan memantapkan dua jenis hubungan sosial tersebut. Wanita tersebut terlibat dalam perniagaan secara kecil-kecilan di Lembah Kelang, Malaysia. Kajian kualitatif dengan temubual separa-struktur sebagai kaedah mengumpul data dan analisis tematik telah dijalankan. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati jalinan hubungan sosial yang kompleks samada bersifat konvensional ataupun tidak telah dibentuk dan dimantap oleh usahawan wanita yang dikaji itu demi tujuan perniagaan. Hubungan sosial dijalin dan dimantapkan dengan ahli keluarga, rakan, pelanggan, ejen, pembekal dan pesaing wanita tersebut. Jalinan hubungan itu telah menyumbang kepada perkembangan dan pemantapan perniagaan wanita tersebut dari permulaan penglibatan sehingga ke hari ini.

Katakunci: e-perniagaan, hubungan sosial, keusahawanan atas talian, perniagaan kecil, tingkah laku inovatif, usahawan wanita


Internet usage is essential and a basic necessity for women entrepreneurs to embark and sustain their entrepreneurial activity. The success or failure of women entrprenuer’s participation in the entrepreneurship field depends on their innovative behaviour in forging social ties with family, friends, workers, customers and suppliers who bring benefits to them in both material and non-material manner. Social ties can be characterized as conventional and nonconventional ties. Conventional ties entail ties established through face-to-face interaction, while non-conventional ties are forged on-line and thus does not require physical encounter. Given that online entrepreneurship is becoming widely common amongst women entrepreneurs in Malaysia, especially in small-scale businesses, this article examines the innovative behaviour shown by the Klang Valley women entrepreneurs who were involved in smallscale businesses in forging and establishing the two types of social ties. A qualitative study using semi-structured interview method was used to collect the data which were then analysed by thematic analysis. In general, the findings revealed that the social ties established were complex in that both conventional and non-conventional ties were formed and consolidated by the women entrepreneurs primarily for business purposes. Social ties were forged and consolidated with family members, friends, customers, agents, suppliers and their competitors. The range of network ties had contributed to the growth and consolidation of the women’s businesses since inception until its current operation.

Keywords: e-commerce, innovative behaviour, online entrepreneurship, small-scale business, social ties, women entrepreneurs


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.