Simbiosis pembangunan mapan pelbagai dimensi untuk Daerah Maran (Multi-dimensional development for Maran District: A symbiosis)

Jalaluddin Abdul Malek

Abstract


Pembangunan dalam era moden difahami berasaskan kadar pertumbuhan fiskal, ekonomi dan pembangunan modal manusia. Kemerosotan alam sekitar impak daripada pembangunan modenisasi diperbaiki melalui idea-idea pembangunan lestari. Sumber ilmunya sama ada mengguna pengetahuan kolonial atau mengambil kira kearifan lokal. Dengan merujuk kepada Pelan Struktur Daerah Maran, kajian ini memperhalusi isu pembangunan mapan yang perlu dikembang pemahamannya dan tidak hanya berkisar kepada isu penjagaan alam sekitar sahaja. Pembangunan mapan sepatutnya mengambil kira semua aspek pembangunan sama ada pembangunan fizikal, ekonomi dan pembangunan manusia yang lebih realistik. Pembangunan mapan bukan sahaja bertujuan untuk `melestari’ kan pembangunan fizikal, ekonomi dan manusia, tetapi seharusnya bersimbiosis dengan pembangunan mapan (established). Pembangunan mapan boleh sahaja bersifat tesis, anti-tesis dan sintesis antara sumber ilmu kolonial dengan ilmu kearifan lokal. Dalam Bajet 2015, fokus utama pembangunan mapan ialah meningkatkan taraf hidup rakyat demi merealisasikan negara maju pada tahun 2020. Dalam perbincangan ini sumber ilmu pembangunan mapan pelbagai dimensi yang dianjurkan ialah simbiosis antara ilmu kolonial dengan ilmu dan kearifan lokal. Sebagai langkah ke hadapan, simbiosis pembangunan mapan pelbagai dimensi boleh dijadikan asas pembangunan khususnya untuk kawasan Daerah Maran.

Katakunci: kelestarian alam sekitar, pembangunan ekonomi, pembangunan lestari, pembangunan manusia, pembangunan realistik, simbiosis

Development in the modern era is often understood in terms of fiscal and economic growth and human capital development. Negative impacts of environmental degradation are normally mitigated through the improved ideas of sustainable development the source of which is either colonial or local knowledge. Wth special reference to the Structure Plan of the Maran Distrit this study takes a closer look at the idea of sustainable development which should not only be confined to environmental sustainability issues and challenges but also include holistically all aspects of economic and human development. Realitistic sustainable development should be a symbiosis of thesis, anti-thesis and synthesis between colonial and local knowledge. In Malaysia’s Budget 2015, the main focus of established development is to improve people's living standards in line with the vision of Malaysia becoming a developed country by year 2020. For Maran, it was argued that such symbiosis would be instrumental to the District’s moving forward in the direction of the vision.

Keywords: economic development, environmental sustainability, human development, realistic development, sustainable development, symbiosis


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.