Melaka sebagai pusat pelancongan dunia: Dapatkah dipertahankan? (Malacca as a world tourism centre: Is it sustainable?)

Ang Kean Hua

Abstract


Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negeri Melaka melalui RMK1 hingga RMK11. Ini termasuklah menyediakan kemudahan akses yang lengkap seperti jalan raya, kereta api dan kapal terbang. Penyediaan kemudahan akses di negeri Melaka telah dilakukan dengan baik. Bilangan pelancong antarabangsa dan tempatan yang melawat bandar bersejarah ini telah meningkat. Isunya ialah bagaimana untuk mengekalkan daya tarikan dan seterusnya meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke negeri pada masa akan datang. Artikel ini bertujuan untuk meneliti objek dan daya tarikan pelancong utama di negeri Melaka serta strategi kerajaan mengekalkan daya tarikan tarikan tersebut. Melalui kajian literatur dan pemerhatian, kajian mendapati bahawa objek tarikan pelancong utama yang telah dimajukan di negeri ini adalah tempat-tempat bersejarah yang menarik seperti Perkampungan Portugis, Kota Belanda, Kota A’Famosa, Pulau Besar, Perigi, Replika Keris, Pancuran Air Ratu Victoria, Bukit St. John, gereja-gereja, perkuburan barat, Batu Megalith, dan makam diraja. Selain itu, negeri Melaka juga semakin terkenal dengan pelancongan rekreasi dengan adanya Melaka River Cruise, Zoo Melaka & Safari Malam, Menara Taming Sari, dan lain-lain lagi. Keunikan dan keistimewaan ini melayakkan Melaka diangkat sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Kini pelbagai strategi digalurkan dan usaha terus dilakukan untuk menjaga, mengurus dan melindungi objek warisan dunia tersebut supaya sentiasa dihargai dan seterusnya mengangkat status pelancongan di negeri ini.

Katakunci: infrastruktur, keunikan sejarah, Melaka, pelancongan sejarah, pengekalan tapak, tapak Warisan DuniaUNESCO

The tourism industry has become a major factor in Malaysia’s economic growth and the Malacca state has been a vital contributor to the industry. Various efforts have been made by the government to improve the tourism sector through the First Malaysian Plan (RMK1) until the Eleven Malaysian Plan (RMK11). However, there is concern with the adequacy of the infrastructures provided given the unique attraction of the state as historical city and a designated UNESCO World Heritage Site.This research note described and discussed the ability of Malacca tourism to sustain itself. The historical uniqueness Malacca needs to be maintained through sound management and protection.

Keywords: historical tourism, historical uniqueness, infrastructures, Malacca, site preservation, UNESCO World Heritage Site


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.