Isu pemilikan tanah dan implikasinya terhadap produktiviti pekebun kecil: Kajian kes pekebun kecil di Lahad Datu, Sabah (Land ownership issue and its implications for smallholder productivity: The case of oil palm smallholders in Lahad Datu, Sabah)

Azima Abdul Manaf, Er Ah Choy

Abstract


Industri sawit negara banyak dibantu oleh hasil yang dikeluarkan oleh pekebun kecil. Pengeluran di tanah yang berkeluasan kurang daripada 100 hektar menyebabkan output yang dihasilkan seringkali tidak melepasi sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak agensi seperti MPOB. Di daerah Lahad Datu Sabah misalnya sasaran hasil yang disasarkan tidak dapat memenuhi sasaran pihak MPOB iaitu 22 tan perhektar pertahun. Sebaliknya hasil yang diperoleh hanya merangkumi 14 tan perhektar pertahun. Setelah pelbagai pendekatan dan stategi yang dilakukan oleh pihak MPOB namun masih gagal mencapai sasaran yang telah disasarkan. Sehubungan itu kajian ini bertujuan untuk merungkai perihal yang menyebabkan produktiviti yang rendah dalam kalangan pekebun kecil di kawasan kajian dengan menggunakan pendekatan institusi.Indepth interview dengan pekebun kecil dan pegawai berkaitan di kawasam kajian telah dilakukan. Analisis mendapati terdapat dua punca yang menyebabkan hasil pekebun kecil di kawasan ini rendah iaitu punca formal dan informal. Punca formal merangkumi faktor milikan tanah yang tidak jelas, faktor pertindihan pemilikan tanah dan syarat permohonan tanam baru. Manakala bagi faktor informal pula meliputi faktor sikap pemilik tanah, kebimbangan kebun diambil oleh waris, lokasi tanah dan pengetahuan tentang pemilikan tanah yang tidak jelas.

Katakunci: analisis institusi, industri sawit, informal, pekebun kecil, pemilikan tanah, punca formal

Oil palm industry is immensely helped by improved productivity of smallholders. In Malaysia with an area of less than 100 hectares smallholder output had often exceeded the targets set by oil palm development agencies such as the Malaysia Palm Oil Board (MPOB). Lahad Datu in Sabah, however, had been an exception. Here smallholders could only achieved 14 tons instead of the targetted 22 tonnes per hectare set by MPOB in spite of numerous alternative strategies undertaken by MPOB. This study probed the causes of the Lahad Datu’s smallholders’ persistent low productivity using institutional approach and in-depth interviews with small farmers and related personnel there. The analysis found that there were both formal and informal causes. The formal causes related to land ownership which lacked clarity and suffered from overlapping tenure conditions which complicated smallholder application for new planting. The informal caurces ranged from landowners’ unfavourable attitudes which included fear that the holdings might be taken up by the beneficiaries, to uncertain knowledge of land ownership.

Keywords: formal causes, informal causes, institutional analysis, land ownership, palm oil industry, smallholders


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.