Program pembangunan pengurusan dan impaknya terhadap pemindahan latihan: Kes tentera darat Malaysia (Impacts of management development programmes on training transfer: The case of the Malaysian armed forces)
Authors
Noor Azmi Mohd Zainol
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Azman Ismail
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Ahmad Azan Ridzuan
Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Nursaadatun Nisak Ahmad
Graduate School of Business, Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstract
Menurut kajian literatur yang terkini tentang pengurusan latihan organisasi, program pembangunan kepimpinan mempunyai tiga dimensi utama: kandungan kursus, peranan jurulatih dan sokongan pengurusan. Kajian yang mendalam dalam bidang ini mengketengahkan bahawa keupayaan pengurusan untuk merancang dan melaksanakan program pembangunan kepimpinan secara teratur dapat meningkatkan pemindahan latihan dalam organisasi. Sungguhpun sifat perhubungan ini adalah penting, namun peranan program pembangunan kepimpinan sebagai pemboleh ubah peramal masih kurang dibincangkan secara terperinci dalam model pembangunan organisasi. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengukur hubungan di antara program pembangunan kepimpinan dengan pemindahan latihan. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk menggumpul 161 borang soal selidik daripada pemimpin pertengahan tentera darat di sebuah pusat latihan ketenteraan di Malaysia. Dapatan analisis model laluan SmartPLS menunjukkan kandungan kursus, peranan jurulatih, dan sokongan pengurusan kesemuanya mempunyai hubungan yang signifikan dengan pemindahan latihan. Dapatan ini mengesahkan bahawa kandungan kursus, peranan jurulatih dan sokongan pengurusan merupakan pemboleh ubah peramal yang berkesan kepada pemindahan latihan di pusat latihan ketenteraan berkenaan.Katakunci: kandungan kursus, pemindahan latihan, peranan jurulatih, program pembangunan kepimpinan, sokongan pengurusan, tentera daratOrganizational leadership development programmes conventionally comprise course content, trainer’s role and management support. Recent studies in the field reveal that the ability of management to plan and implement leadership development programmes may actually enhance training transfer, yet the role of leadership development programme as an important predicting variable for training transfer has received little attention in organizational development models. This study measures the relationship between leadership development programmes and training transfer in a Malaysian military training center. A field questionnaire survey was conducted to gather primary data from 161 intermediate leaders of the armed forces. Results of the Smart Partial Least Squares (SmartPLS) path model analysis showed that course content, trainer’s role and management support were all significantly correlated with training transfer. As such they were effective predictors of training transfer in the Malaysian military training center.Keywords: armed forces, course content, leadership development programmes, management support, trainer’s role,training transfer