Peranan sistem ganjaran berdasarkan prestasi dalam meningkatkan komitmen organisasi: Kajian kes penjawat awam di Putrajaya dan Selangor, Malaysia (Role of performance-based pay in enhancing employee organizational commitment: The case of civil servants in Putrajaya and Selangor, Malaysia)
Abstract
Ganjaran berdasarkan prestasi , dengan dua elemen penting komunikasi dan penyertaan komunikasi dan penyertaan, adalah satu sistem pampasan kontemporari yang penting untuk menarik, mendorong dan mengekalkan pekerja yang kompeten. Keupayaan pentadbir mengurus sistem ganjaran berdasarkan prestasi dapat mendorong pekerja meningkatkan tahap komitmen terhadap organisasi. Walaupun isu ini telah mendapat liputan meluas dalam kajian literatur, namun peranan ganjaran berdasarkan prestasi sebagai pemboleh ubah peramal tidak banyak diberi penekanan dalam model-model ganjaran organisasi. Kajian ini dijalankan bagi menilai perhubungan di antara ganjaran berdasarkan prestasi dengan komitmen organisasi di jabatan kerajaan di sekitar Putrajaya dan Selangor. Data primer dikumpul menerusi kaedah persampelan mudah dari 109 soal selidik yang telah dijawab dengan lengkap, dan dianalisis dengan pakej SmartPLS version 3.0 dan aplikasi model laluan Smart Partial Least Squares (SmartPLS). Hasil kajian menunjukkan bahawa komunikasi dan penyertaan (dalam bentuk kesediaan majikan menyebarluas maklumat tentang sistem ganjaran dan menggalakkan penglibatan pekerja dalam proses membuat keputusan) berupaya memainkan peranan penting sebagai pemboleh ubah peramal komitmen pekerja kepada organisasi. Hasil kajian juga menunjukkan penilaian prestasi tidak berupaya memainkan peranan berkesan sebagai pemboleh ubah peramal komitmen pekerja kepada organisasi. Ini mungkin kerana latar belakang peribadi dan perkhidmatan latar belakang responden yang berbeza dan rencam.
Katakunci: ganjaran berdasarkan prestasi, komitmen organisasi, komunikasi, penilaian prestasi, penjawat awam, penyertaan pekerja
Performance-based reward with the vital elements of communication and participation is an important contemporary compensation system that may attract, retain and motivate competent employees .The capability of administrators to appropriately manage performance-based reward may thus lead to greater organizational commitment of employees. Despite its importance the role of performance-based reward as an effective predicting variable has not been given much emphasis in organizational reward models. This study evaluates the relationship between performance-based reward and employee organizational commitment. Primary data were gathered from 109 questionnaires completed by public servants of several government agencies in Putrajaya and Selangor, and analysed with Smart Partial Least Squares (SmartPLS) path model. The findings revealed that communication and participation, in the form of the ability of management to clarify and deliver information about performance-based
reward, and to encourage employee participative decision making were important predictors of employee organizational commitment. The findings also revealed that performance appraisal was not an important predictor of employee organizational commitment. This may be due to respondents’ variegated personal and professional backgrounds.
Keywords: communication, employee participation, organizational commitment, performance appraisal, performance-based pay, public servants
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.