Peranan program pementoran dalam meningkatkan kejayaan menti: Kajian empirikal amalan komunikasi di sebuah universiti awam Malaysia (Role of mentoring programmes in enhancing mentees’ success: An empirical study of communication practices in a Malaysian public university)

Nor’ Ain Abdullah, Azman Ismail, Mohd Fazir Abd Latif, Najihah Omar

Abstract


Program pementoran lazimnya sangat menggalakan mentor dan menti mengamalkan komunikasi bersemuka dan komunikasi terbuka secara teratur bagi meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran dan meningkatkan efikasi kendiri dan psikososial menti. Sungguhpun sifat perhubungan ini telah banyak diselidiki, namun peranan komunikasi dalam program pementoran sebagai pemboleh ubah penentu yang berkesan sering terabai dalam model-model pembangunan pelajar institusi pengajian tinggi. Kajian ini dikendalikan untuk mengukur hubungan di antara amalan komunikasi dalam program pementoran dengan kejayaan menti. Data primer telah didapatkan dari borang soal selidik yang telah diajukan kepada 136 mahasiswa ijazah sarjana muda di sebuah universiti penyelidikan di Malaysia. Keputusan analisis model laluan Smart Partial Least Squares (SmartPLS) mengesahkan bahawa kesungguhan mentor mengamalkan komunikasi bersemuka dan terbuka dalam program pementoran formal dan tidak formal dapat membantu meningkatkan efikasi kendiri dan psikososial menti. Bagaimanapun, secara khusus kesediaan mentor mengamalkan komunikasi terbuka dalam program pementoran formal dan tidak formal tidak berupaya membantu meningkatkan psikososial menti dalam organisasi kajian. Dapatan ini mungkin telah dipengaruhi oleh hakikat bahawa kepelbagaian dan kerencaman latar belakang peribadi dan sosial responden menyebabkan responden mempunyai penilaian dan pertimbangan yang berbeza terhadap keupayaan mentor melaksanakan gaya komunikasi ini dalam program pementoran.

Katakunci: efikasi kendiri menti, efikasi psikososial menti, institusi pengajian tinggi awam, komunikasi bersemuka, komunikasi terbuka, pementoran

An ideal mentoring programme would highly encourage mentors and mentees to implement open and face-to-face communication in order to enhance the effectiveness and success of a learning process. Even though this correlation is important the role of communication as an important determinant in mentoring programmes has been relatively neglected in higher education student development models. This study was undertaken to examine the correlation between communication styles in mentoring program and mentees’ success. Primary data were gathered in a field survey where questionnaires were administered to 136 bachelor degree students at a research university in Peninsular Malaysia, The results of Smart Partial Least Squares (SmartPLS) path model analysis confirmed that the willingness of mentors to implement face-to- face and open communication in formal and informal mentoring programmes helped to enhance mentees’ psychosocial and self-efficacy. However, the readiness of mentors to practice open communication style in formal and informal mentoring programmes did not help to promote mentees’ psychosocial and self-efficacy in the research university studied. This dissonant finding may have been due to the variegated nature of the respondents’ social and personal backgrounds which led them to have different evaluations and judgements about the ability of mentors to implement the particular communication style in mentoring programmes.

Keywords: face-to-face communication, open communication, mentee’s self-efficacy, mentee’s psychososial efficacy, mentoring, public higher learning institution


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.