Dasar Wawasan Negara dan prospek pembangunan petani kecil Melayu (The Malaysian National Vision Policy and the advancement prospects of the Malay small-scale farmers)

Amriah Buang, Ratnawati Yuni Suryandari

Abstract


Sejarah pasca merdeka Malaysia menunjukkan bahawa pembangunan petani kecil Melayu adalah matlamat yang masih elusif. Ianya merupakan fenomena pasang surut selaras dengan naik turun martabat sektor pertanian itu sendiri. Semasa zaman Tun Razak (1957 – 1976) pembangunan petani kecil Melayu berjalan lancar. Semaza zaman Tun Mahathir (1991-2000) ianya merudum. Kemudian ekoran Krisis Ekonomi 1997 dan mulai 2003 Dasar Wawasan Negara (DWN) yang juga mencakupi Dasar Pertanian Negara ke-3 (DPN 3) menempatkan semula sektor pertanian sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara, dan dengan itu mencerahkan semula prospek pembangunan petani kecil Melayu. Kertas ini bertujuan membicarakan prospek pembangunan petani kecil Melayu dalam fasa DWN, khususnya dalam konteks perlaksanaan dua program berimpak tinggi iaitu Pelan Tindakan Imbangan Perdagangan (BOT) dan Pertanian Kontrak di mana pembangunan agro-makanan yang merupakan niche petani kecil Melayu menjadi agenda utama dan menjanjikan lonjakan taraf petani kecil kepada usahawan global. Hasil penelitian mendapati bahawa
prestasi BOT dan Pertanian Kontrak setakat ini tidaklah begitu memberangsangkan . Dengan kata lain prospek memajukan petani kecil Melayu masih meragukan. Punca utama ialah lemahnya kemampuan petani kecil Melayu dalam pemasaran tani. Kesimpulannya, sejauhmana prospek pembangunan petani kecil Melayu dapat dicerahkan selanjutnya adalah bergantung kepada kesanggupan negara bergigih mendidik budaya pengurusan pemasaran kepada petani kecil Melayu.


Katakunci: Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara, pembangunan agro-makanan, Pertanian Kontrak, petani kecil Melayu

 

Malaysia’s post independence history indicates that the dreamed goal of creating highly accomplished Malay small-scale farmers had been an elusive one. It waxed and waned with the status accorded to the country’s agricultural sector. In glowed in Tun Razak time (1957 – 1976) and dimmed in Tun Mahathir era (1981-2000). Then, beginning 2003 and as the aftermath of the 1997 Asian Economic Crisis, the newly
minted National Vision Policy (NVP) which incorporated the Third National Agriculture Policy had reinstated agriculture as a growth sector, and thus rekindled the hope. This paper examines the prospects of developing the Malay small farmers in this NVP phase. The focus was the implementation of two high impact programmes enshrined in the NVP, namely, the Balance of Trade Action (BOT) Plan and the Contract Farming Project in which the development of the agro-food subsector which represents the very niche of the Malay small farmers constitutes the main agenda and promises to relaunch the farmers onto becoming global agropreneurs. The results found the performance of the two high impact programmes least encouraging. In other words, the prospects of developing the Malay small farmers remain uncertain
and doubtful. Weakness in agriculture marketing seems to be the root of their undoing. In conclusion, improving the prospects of developing the Malay small farmers in this NVP era calls for the nurturing of the marketing savviness in them.


Keywords: New Economic Policy, National Development Policy, National Vision Policy, agro-food, Contract Farming, Malay small-scale farmers


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.