Model hierarki kefungsian dan pusat pertumbuhan sebagai asas bagi merancang kawasan luar bandar di Malaysia: Bukti dari Daerah Batang Padang (The relevance of the functional hierarchy and growth centre model – evidence from Malaysia’s Batang Padang district)

Yazid Saleh, Katiman Rostam, Mohd Yusof Hussain

Abstract


Proses globalisasi ekonomi telah menyebabkan berlakunya perubahan terhadap ruang wilayah hampir
semua negara di dunia. Bandar raya metropolitan menjadi fokus pelaburan dan jentera bagi memesatkan pertumbuhan ekonomi negara. Malaysia tidak terkecuali. Bagaimana pun, sejauh mana petempatan luar bandar di Malaysia turut terheret ke dalam proses perubahan tersebut adalah suatu isu yang menarik untuk dibincangkan. Makalah ini bertujuan untuk memeriksa kesesuaian untuk menerapkan konsep hierarki kefungsian petempatan pusat dan strategi pusat pertumbuhan bagi merancang pembangunan daerah Batang Padang. Menggunakan data yang diperolehi melalui pemerhatian yang intensif di lapangan, analisis  petempatan pusat telah dilakukan. Hasil analisis menunjukkan bahawa dari segi penduduk, pada masa ini pola hierarki petempatan di daerah ini cenderung untuk tidak seimbang. Namun apabila analisis kefungsian  diterapkan ke atas petempatan di daerah tersebut, hasilnya cenderung untuk menunjukkan pola yang  berbeza. Pola hierarki kefungsian petempatan pusat di daerah ini diungguli oleh bandar Tanjong Malim diikuti oleh bandar Bidor dan Tapah. Perancangan kerajaan negeri untuk menjadikan Tanjong Malim sebagai Pusat Pertumbuhan Separa Wilayah Tahap Kedua dialam konteks Zon Perancangan Lembah Bernam, sedang menuju sasarannya. Ini dilakukan melalui strategi pengukuhan fungsi dan peranan bandar Tanjong Malim sebagai pusat pendidikan dan pengeluaran automatif. Hal ini menunjukkan bahawa konsep hierarki kefungsian petempatan pusat dan strategi pusat pertumbuhan masih lagi relevan bagi perancangan  kawasan luar bandar di Malaysia.


Katakunci: hierarki kefungsian, pembangunan luar bandar, pusat pertumbuhan, petempatan pusat, pola petempatan, zon perancangan


The process of economic globalisation has changed the development spatial pattern of almost every country’s regions in the world, with metropolitan cities becoming the focus of investment and the engine of growth. Malaysia is no exception and in this context the question of how far have rural settlements in Malaysia been dragged into the process of change is an interesting issue to be discussed. This paper seeks to examine the suitability of adopting the concept of functional hierarchy of central places and growth centre strategies in development planning of the district of Batang Padang. Using data from an intensive field observation, a central place analysis was conducted. The results showed that at present, using population size as a base, the pattern of settlement hierarchy in this area had tended to be imbalanced. However, when a functional analysis was applied to the settlements, the results revealed a different pattern. Functionally, the town of Tanjong Malim occupied the highest position in the region’s central place hierarchy followed by Bidor and Tapah. The State government’s target of turnng Tanjong Malim into a sub-regional centre in Perak especially within the context of the Lembah Bernam Planning Zone appeared to be within reach with the strategic strengthening of the functions of Tanjong Malim as an automotive and higher education hub. This shows that the concept of functional hierarchy and growth centre strategy is still relevant for planning the development of a rural region in Malaysia.


Keywords: central place, functional hierarchy, growth centers, planning zone, rural development, settlement pattern


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.