Pelancongan budaya di Koridor Ekonomi Wilayah pantai Timur (ECER): Isu dan cabaran (Cultural tourism in Malaysia’s Economic Corridor of the Eastcoast Region (ECER): Issues and challenges)
Authors
Habibah Ahmad
Pusat Pengajian Sosial Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Hamzah Jusoh
Pusat Pengajian Sosial Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Chamhuri Siwar
Institut Alam Sekitar
dan Pembangunan(LESTARI),
Amriah Buang
Pusat Pengajian Sosial Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Mohamad Shukri Hj Noor
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Malaysia
Shahrudin Mohd Ismail
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan(LESTARI),
Zairin Akma Zolkapli
Institut Alam Sekitar dan Pembangunan(LESTARI),
Abstract
Pelancongan budaya, merupakan salah tarikan utama dalam pembangunan produk pelancongan bagi, seperti yang telah dirancang dalam pelan pembangunan komprehensif Koridor Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER). Pelancongan budaya sebenarnya juga terjelma dalam konteks budaya tampak (tangible) dan bukan tampak (intangibe) dalam pelbagai aspek penawaran pelancongan di negeri-negeri yang berada di wilayah ini. Setelah menjangkau empat tahun (2008-2011) pembangunan pelancongan terlaksana dalam konteks wilayah, pencapaian negeri-negeri ini dalam konteks pelancongan budaya masih belum dapat diukur ke mana dan di mana tahap pencapaiannya. Apalagi mampu menempa nama sebagai nic pelancongan negara dalam konteks wilayah yang kaya dengan budaya tradisi. Sehubungan itu, kertas kerja ini bertujuan meneliti perkembangan pencapaian pelancongan budaya dalam tempoh tersebut dengan menjurus kepada pengenalpastian isu dan cabaran dalam memacu pelancongan budaya di wilayah pembangunan lestari ECER. Kertas ini menghujahkan tanpa adanya kerangka pendekatan dalam meneliti seni budaya sebagai satu ilmu pengetahuan tempatan tinggi dan sebagai industri yang kreatif, berbakat dan menjana kewangan, peluang memajukan pelancongan budaya masih terhalang oleh isu yang konvensional dan ini tentunya memberi cabaran kepada pelbagai pihak untuk membangunkan pelancongan budaya di wilayah ECER.Katakunci: bakat tempatan, budaya tempatan, ilmu pengetahuan tempatan tinggi, industri kreatif, pelancongan budaya, tradisi budaya Cultural tourism - manifested in either tangible or non-intangible experiences- has been acknowledged asone of the key components of tourism sustainability in East Coast Economic Corridor Region (ECER). Yet,after four years (2008-2011) of implementation, the achievement of the ECER’s cultural tourism in the region was still questionable, in particular, as to its capability of becoming a form of niche tourism in this area richly endowed with cultural traditions. This paper seeks to explicate the underlying issues and challenges that had delayed its development. It was found that the main reason for the delay was the virtual absence of a workable framework within which cultural arts could be clearly defined, articulated, materialized and commercialised. As such, elements of the industry, including local knowledge and talent could not be mobilised and left untapped.Keywords: creative industry, cultural tourism, cultural traditions,high knowledge, local culture, local talent