Telecenter serumpun Malaysia - Indonesia: Mencari metod pembangunan telecenter pelbagai fungsi (MCT) (Malaysia - Indonesia regional telecentres: In search of appropriate multi - purpose community telecentres (MCT))

Jalaluddin Abdul Malek, Norizan Abdul Razak, Jamaluddin Aziz

Abstract


Kertas ini menghurai dan membincangkan secara kritis pendekatan pembangunan telecenter MCT yang dikatakan sesuai dengan merujuk kepada prestasi pendekatan pemuafakatan pintar (intelligent collaboration-CQ) dalam membangun MCT di MID Kampung Parit Tengah, Johor, Malaysia dan di BIM Desa Cihideung, Bandung, Indonesia. Berdasarkan pengalaman kedua-dua pembangunan telecenter ini, metod pembangunan CQ dan CO boleh diamalkan dalam membangun BIM dan MID sebagai MCT. Key Performance Index (KPI) yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan MCT di kedua-dua negara ialah sejauh mana kehendak, penyertaan, komitmen dan kerjasama berterusan penduduk menggunakan telecenter. Oleh sebab itu metod pembangunan yang sesuai untuk membangun MCT ialah CQ dan CO. Melalui kedua-dua metod ini penggunaan berterusan telecenter oleh semua lapisan masyarakat boleh terjadi kerana mendapat kerjasama penduduk, pemimpin masyarakat, pihak kerajaan, NGO dan pihak swasta. Prestasi kedua-dua program setakat ini memberi harapan berjayanya usaha merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat desa dan seterusnya membuka banyak lagi peluang digital. MCT sebagai pemangkin pembuka peluang digital seluas-luasnya sehingga mampu meningkatkan adaptasi, asimilasi, difusi dan inovasi ICT dalam kalangan penduduk desa di Indonesia dan Malaysia seluruhnya.

Katakunci: jurang digital, kolaborasi pintar (CQ), Key Performance Index (KPI), telecenter serbaguna komuniti (MCT), kolaborasi organisasi (CO), komuniti desa

This paper takes a critical look at the development of appropriate multipurpose community telecentres (MCT) in bridging the digital divide between urban and rural areas in Indonesia and Malaysia. The success of developing the MCT in the villages of Kampung Parit Tengah, Johor, Malaysia and Desa Cihideung, Bandung, Indonesia was attributable to the application of the intelligent collaboration (CQ) and organisational collaboration (CO) approaches. Both MCTs denoted the possibility of achieving four Key Performance Indices (KPI), namely, the sustained will, participation, commitment and cooperation of the local public in using the telecentres. Both had proven that the CQ and CO methods work because of the very elements of cooperation of all parties concerned–local public, community leaders, the state, the NGOs and the private sector. Their achievement lights up the hope that the rural digital divide can be bridged. Indeed, with MCTs acting as catalysts to widespread digital opportunities there is every possibility for further ICT adaptation, assimilation, diffusion and innovation among the rural dwellers of both Malaysia and Indonesia.

Keywords: digital divide, intelligent collaboration (CQ), Key Performance Index (KPI), multipurpose community telecentres, organisational collaboration (CO), rural communities

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.