Pengaruh politik alam sekitar terhadap persepsi pengundi: Kajian kes DUN Kedah (The influence of environmental politics on voter perceptions: The case of the Kedah State Legislative Assembly)

Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Amriah Buang, Mohd Jalaluddin Hashim, Novel Lyndon, Hamzah Jusoh, Habibah Ahmad, Sivapalan Selvadurai, Ah Choy Er, Mohd Yusof Hussain

Abstract


Politik alam sekitar melibatkan isu alam sekitar yang dijadikan isu politik dan menjadi pertimbangan kepada pilihan politik di sesuatu kawasan. Isu alam sekitar dijadikan isu politik dalam kempen politik dan pilihan raya untuk meraih sokongan pengundi. Ia juga melibatkan pembentukan dan pengimplimentasian dasar alam sekitar yang merangkumi peranan pihak berkuasa dan sikap orang ramai terhadap isu-isu yang berkaitan alam sekitar. Pihak berkuasa/Kerajaan terlibat secara langsung dalam merancang dan menangani sebarang isu dan permasalahan yang berkaitan dengan alam sekitar. Isu politik alam sekitar tersebut dikaitkan dengan governans dan pelaksanaan dasar dari segi kelemahan dan ketidaklaksanaan dasar atau peraturan alam sekitar seperti isu kutipan sampah sarap, isu bekalan air, selenggaraan kemudahan awam, isu pembalakan dan pencemaran serta kemusnahan alam sekitar. Kajian ini dilakukan di Negeri Kedah Darul Aman bertujuan untuk mengetahui peranan alam sekitar dalam mempengaruhi pendapat dan pilihan politik responden/pengundi di beberapa kawasan terlibat. Kajian yang menggunakan metod temubual bersemuka ini melibatkan 600 orang responden terdiri daripada pengundi di Negeri Kedah di 16 Dewan Undangan Negeri (DUN) terpilih yang dijalankan pada 6 April 2012 hingga 9 April 2012. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden di Negeri Kedah mengharapkan kerajaan negeri memberi perhatian yang lebih kepada persekitaran setempat mereka. Responden juga sangat mementingkan alam sekitar untuk memastikan kehidupan menjadi lebih selesa. Justeru mereka mencadangkan agar wakil rakyat kerap turun padang untuk mengatasi masalah alam sekitar di kawasan masing-masing.

Katakunci: dasar awam, faktor alam sekitar, governans, isu alam sekitar, pilihan politik, politik alam sekitar

The politicisation of environmental issues in elections campaigns is driven by the primary motive to gain voter support. This paper analyses the findings of a field study aimed at determining the influence of environmental factors on voter political opinion and choice in Kedah Darul Aman. The study interviewed face-to-face 600 voters in the 16th Kedah State Legislative Assembly (DUN) . The results showed that most respondents expected the state government to give more attention to their local environment depicting their serious concern about the crucial role of the environment in ensuring a more comfortable life. They suggested that elected representatives visit their respective areas and adopt a hands on approach in overcoming the environmental problems there.

Keywords: environmental factors, environmental issues, environmental politics, governance, political choice, public policy


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.