Tingkahlaku isirumah dan pengurusan sisa pepejal kawasan perumahan di Jakarta, Indonesia (Household behaviour and the waste management of residential areas in Jakarta, Indonesia)

Hasnah Ali, Nur Dyah Fatikhah Ekowati, Sanep Ahmad, N. Lyndon, AR Ahmad

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengurusan sisa pepejal di pemukiman berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah di Jakarta, Indonesia. Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti tingkah laku dan factor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku masyarakat, terhadap pengurusan sisa pepejal. Kajian menggunakan soal selidik seramai 117 yang diberikan secara rawak kepada warga masyarakat di kawasan Kelapa Gading dan Warakas dan dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi. Penemuan kajian menunjukkan bahawa ada perbezaan tingkah laku antara warga masyarakat yang berpendapatan tinggi dan rendah. Bagi masyarakat yang berpendapatan rendah (Warakas) terbukti wujud hubungan yang signifikan antara pendapatan dengan kesedaran masyarakat untuk mengurangkan sisa, mengasingkan sisa, aktiviti kitar semula (kaedah 3R) dan pengkomposan. Faktor pendidikan juga menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pengetahuan masyarakat berkenaan pengurusan sampah sarap. Manakala untuk masyarakat yang berpendapatan tinggi (Kelapa Gading) hanya wujud hubungan yang signifikan antara faktor pendidikan dengan kebiasaan membuang sampah. Kesimpulannya, penglibatan daripada semua pihak yang berkaitan amatlah penting bagi mewujudkan pengurusan sisa buangan yang baik terutamanya (isi rumah) sebagai pembuang sampah dan pihak kerajaan sebagai pembuat dasar.

Katakunci: 3R (kitar semula, mengurangkan sampah, guna semula), analisis deskriptif, kawasan berpendapatan rendah, kawasan berpendapatan tinggi, komuniti tempatan, pengurusan sisa pepejal

This study analyses the solid waste management in high and lowincome residential areas of Jakarta, Indonesia. The focus was to identify households’ behaviours with regard to solid waste management and the factors influencing them. A total of 117 questionnaires were randomly distributed to households in Kelapa Gading and Warakas, two residential areas of different income groups. Results of descriptive and inferential analyses indicated that there were behavioural differences between the two high and low income areas. For the low-income (Warakas), it was proved that there was a significant relationship between income and community awareness with regard to waste reduction, waste separation, recycling activities (3R method) and composting. Educational factors also showed a significant relationship here with the communitys’ knowledge of solid waste regulation. As for the highincome group (Kelapa Gading) a significant relationship existed between education and the habit of throwing waste in their own curbside. The implication of this study is that a good solid waste management system does not come by itself but needs the involvement of all parties concerned, in particular, members of the local public as the waste generators and the government as the policy makers.

Keywords: 3R (recycle, reduce waste, reuse), descriptive analysis, high income areas, low income areas, solid waste management, local community


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.