Pemahaman komuniti Penan tentang makna keperkasaan dalam Program Penempatan Semula (PPS) di Daerah Belaga, Sarawak (Penan community’s understanding of the meaning of e mpowerment in the Resettlement Program (PPS) of Belaga District, Sarawak)
Abstract
Keperluan komuniti tempatan seringkali diabaikan di peringkat dasar makro dan adalah amat penting untuk melibatkan pandangan dunia mereka dalam program pembangunan komuniti secara holistik dan bersepadu. Pandangan dunia komuniti lokalmenyediakan maklumat yang mencukupi tentang keperluan dan aspirasi komuniti ini dalam program pembangunan. Hal ini kerana mereka adalah merupakan kumpulan sasaran pembangunan dan kumpulan pelaksana pembangunan. Sehubungan dengan itu, objektif utama kajian ini ialah untuk memahami pandangan dunia komuniti Penan tentang makna pemerkasaan dalam program penempatan semula, Belaga, Sarawak. Kajian ini menggunakan paradigma penyelidikan fenomenologi dan strategi penyelidikan abduktif. Paradigma ini menumpukan pada pengalaman kehidupan komuniti Penan yang dibentuk oleh nilai mereka sendiri dan pengalaman hidup seharian. Data dikumpulkan melalui temu bual mendalam yang dijalankan dengan 50 orang peserta program penempatan semula di kawasan Sungai Asap dan Sungai Koyan, Belaga. Pemahaman mereka tentang makna pemerkasaan telah dianalisa daripada tema-tema yang terbit daripada pengetahuan, pengalaman, dunia harian, tafsiran, tindakan dan reaksi dari pandangan dunia mereka. Dapatan kajian menunjukkan pemahaman komuniti Penan tentang makna pemerkasaan merujuk pada pemerkasaan dalaman dan luaran. Dengan erti kata lain ia merangkumi proses di mana seseorang individu atau sebuah kumpulan boleh menggunakan kebolehan, kemahiran dan keupayaan untuk memajukan dalaman dan luaran diri dan komuniti mereka sendiri. Aspek pemerkasaan adalah penunjuk utama yang perlu ditangani oleh pembuat dasar apabila merangka pelan baru yang komprehsif untuk menangani pelbagai isu dan masalah yang dihadapi oleh komuniti luar bandar. Kajian akan datang harus mengutarakan impak pengetahuan tempatan, keperluan khusus tempatan dan pandangan dunia lokal dalam memastikan pembangunan yang dirancang dan dilaksanakan berjaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Katakunci: fenemonologi, komuniti luar bandar, komuniti Penan, pandangan dunia, pembangunan komuniti, pemerkasaan
The local community’s needs are often ignored at the macro-level policy-making process thus jeopardising the goal of holistic and integrated community development. Yet, their world view provides information about the needs and aspirations of members of the local community necessary in a particular development programme as they are both the recipients and the implementers of the development effort. This article seeks to decipher the Penan community’s world view on the meaning of empowerment in a resettlement scheme programme of Belaga, Sarawak by means of a phenomenology research paradigm and an abductive research strategy.The paradigm focuses on Penan community’s livelihood and living experience as shaped by the values they adhered to . Data were collected through indepth interviews with 50 participants in the resettlement scheme programme of Sungai Asap and Sungai Koyan, Belaga. The community’s undertstanding of the meaning of empowerment was analysed by means of themes generated from their world view with regard to their knowledge, experiences, daily routines, interpretations, actions and reactions. The findings indicate that the Penan community’s undertanding of the meaning of empowerment can be referred to both internal and external empowerment whereby a person or a group utilizes its talent, skills and capacity for inner and external improvement. The findings reiterate the point that empowerment is a key indicator of progress that policy makers should address in formulating new comprehensive plans to overcome various issues and problems faced by the rural communities. Future studies should explore the impact of local knowledge, specific local needs of the community, and local world view in ensuring that planned development programmes are able achieve their desired targets.
Keywords: community development, empowerment, Penan community, phenomenology, rural community, worldview
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.