Isu semasa dan persepsi belia terhadap politik dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Sarawak 2011 (Current issues and the perception of youth on politics in the General Election of Sarawak State Legislative Assembly 2011)

Authors

  • Mohd Fuad Mat Jali Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan , Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Junaidi Awang Besar Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan , Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Yahaya Ibrahim Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan , Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Khaidzir Hj. Ismail Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Novel Lyndon Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan , Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Noor Aziah Hj. Mohd Awal Fakulti Undang-Undang , Universiti Kebangsaan Malaysia,
  • Jeniri Amir Jabatan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak,
  • Ahi Sarok abatan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak

Abstract

Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak 2011 yang ke-10 diadakan pada 16 April 2011 setelah hampir tamat tempoh lima tahun sepenggal pada tahun 2012. Pilihan raya ini penting untuk melihat kekuatan BN dan sokongan pengundi muda dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis isu dan persepsi politik pengundi mudadalam PRU DUN Sarawak 2011. Kajian ini dilakukan di Zon Sarawak Barat. Data primer diperolehi melalui pemerhatian dan temu bual tidak formal serta kaji selidik terhadap 1,522 orang responden di 22 kawasan DUN Sarawak. Data sekunder diperolehi melalui kajian kepustakaan. Hasil kajian menunjukkan isu pembangunan dijadikan modal kempen utama pihak BN manakala parti pembangkang mengetengahkan isu seperti kenaikan harga bahan api dan harga barang dalam kempen mereka. Parti pembangkang juga memanipulasi isu tanah NCR dan rasuah serta kepemimpinan Ketua Menteri Sarawak dalam siri ceramah politik dan risalah mereka. Rata-rata pengundi muda bersetuju dengan program pembangunan kerajaan namun banyak yang perlu dilakukan. Untuk mendapatkan sokongan pengundi muda, keperluan sosioekonomi golongan muda perlu dipenuhi oleh pihak yang berkenaan. Seterusnya, pengundi muda menjangkakan BN akan terus menang seterusnya memerintah negeri Sarawak untuk penggal berikutnya.Katakunci : Barisan Nasional, belia, isu ekonomi, parti pembangkang, pembangunan, PRU DUN Sarawak 2011The 10th General Election on State Legislative Assembly (DUN) of Sarawak in 2011 was held on 16 April 2011 after almost five-year term expired in 2012. This election is important to determine the influence and strength of the BN, support of young voters for the next Malaysian General Election (GE). Thus, this study was to analyze the politics of young voters in Sarawak DUN election 2011. This study was conducted in Zone of West Sarawak and primary data was collected from observations and informal interviews besides a survey of 1,522 respondents in 22 areas the DUN of Sarawak. Secondary data were collected through a library research. The results showed that the development issues of the BN is the main campaign while opposition parties highlights economic issues/macro issues, such as rising fuel prices and prices of goods as their campaign materials. Opposition parties also manipulate the NCR land issues and corruption and the Chief Minister of leadership in a series of political speeches and pamphlets them. In general the young voters support government development efforts but many have to be done. To gain the support of young voters, socio-economic needs of young people need to be met by the parties concerned. Further, young voters expect the BN will continue to win then rule Sarawak for the next term.Keywords: development, economic issues, General Election on State Legislative Assembly (DUN) of Sarawak 2011, national front, opposition parties, youth 

Downloads

Published

2017-09-20

Issue

Section

Articles