Dokumentari The Kinta Story (1949) : Representasi dan konstruksi citra warisan di sebalik teknik penerbitan filem dokumentari sejarah (The Kinta Story (1949): Heritage representation and image construction behind a historical documentary film production)
Authors
Mohd. Nor Shahizan Ali
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43000 Bangi,
Selangor
Hasrul Hashim
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43000 Bangi,
Selangor
Sabariah Mohamed Salleh
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43000 Bangi,
Selangor
Jamaluddin Aziz
Pusat Pengajian Media dan Komunikasi,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43000 Bangi,
Selangor
Novel Lyndon
Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43000 Bangi,
Selangor
Abstract
The Kinta Story (1949) sebuah karya Filem Negara Malaysia (pada ketika itu dikenali sebagai Malayan Film Unit ) yang mengisahkan perjuangan penduduk, pelombong dan pihak berkuasa (British) dalam mewujudkan skim menghapuskan kekacauan komunis di kawasan perlombongan bijih timah di Lembah Kinta. Setiap aspek yang divisualkan dalam filem dokumentari ini menjadi perlambangan kepada perjuangan mereka menentang ancaman pengganas komunis. Teknik penerbitan dianalisis bagi mengenal pasti mesej tertentu yang ingin disampaikan penerbit kepada penonton melalui enam sekuen filem dokumentari tersebut. Rentetan daripada faktor sosial, teknologi dan pengaruh budaya luar yang mempengaruhi tahap literasi dan pembinaan makna penonton, maka filem dokumentari The Kinta Story (1949) telah menjadi bahan sampingan secara senyap menyuntik nilai pensejarahan dan kekejaman komunis di mata masyarakat. Persoalannya, adakah mesej yang ingin disampaikan oleh filem dokumentari ini melalui teknik penerbitan yang ditampilkan dapat mencapai kumpulan sasarannya? Analisis pembinaan makna di sebalik teknik penerbitan ini adalah berdasarkan kepada pendekatan Blumenberg (1975), Floch (2000) dan Zettl (2005) yang meliputi jenis syot, pergerakan kamera, kedudukan kamera serta teknik penyuntingan yang digunakan. Kewujudan indeks seiringan dengan linguistik dalam sesebuah wacana membolehkan penonton memahami setiap persembahan visual dengan mengaitkan setiap indeks tersebut dengan keadaan dunia yang sebenar. Implikasinya, dapat menambahkan lagi persembahan semulajadi yang menjadi daya penarik ke atas filem dokumentari tersebut. Hasilnya teknik penerbitan yang digunakan dalam menghasilkan filem dokumentari ini telah berjaya menghasilkan sebuah filem dokumentari propaganda untuk mendapat sokongan rakyat dalam menghapuskanancaman komunis.Katakunci: dokumentari, filem, historiografi, konstruksi makna, representasi makna, teknik penerbitan, warisanThe documentary film The Kinta Story (1949) was a work of the National Film Malaysia (then known as Malayan Film Unit) about the struggle of the local people, miners and the British colonial authorities against the communist scheme in the tin mining areas of the Kinta Valley. Every aspect in this documentary film symbolises this struggle against the communist threat. In this paper, the do cumentary production techniques were analyzed to identify the specific message of this documentary through its six film sequences. Bearing the mark of the interplay of social factors, technology and foreign cultures that influenced the construction of the meaning of literacy and audience, the documentary film was a historiography of the communist atrocities. The question is whether the message conveyed by the documentary film through its production techniques able to achieve its target groups? The analysis techniques of meaning behind this production was based on the approach of Blumenberg (1975), Bordwel and Thompson (1997) and Zettl (2005) that covered the types of shots, camera movement, camera position and the editing techniques used. The existence of linguistic index in conjunction with a discourse allowed the audience to understand every visual presentation by associating each index with real world conditions thus enhancing the attraction of natural performance of the documentary. As a result the production techniques of this documentary hasmanaged to produce an effective propaganda documentary to gain public support in eliminating the threat of Malayan communism.Keywords: documentary, films production techniques, heritage, historiography, meaning construction,representation of meaning