Penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan luar bandar (Community participation in rural entrepreneurship)
Authors
Azlizan Talib
Pusat Pengajian Kerajaan, Kolej Undang-undang,
Kerajaan & Pengajian Antarabangsa,
Universiti Utara Malaysia,
Hamzah Jusoh
Pusat Pengajian Sosial Pembangunan and Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Yahaya Ibrahim
Universiti Malaysia Terengganu
Habibah Ahmad
Pusat Pengajian Sosial Pembangunan and Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Abstract
Keusahawanan sering diiktiraf sebagai pemangkin dalam mengubah dan meningkatkan taraf hidup sesebuah komuniti. Bagi memastikan keberkesanannya,penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan adalah perlu, terutamanya dalam projek-projek pembangunan di kawasan luar bandar. Walaubagaimanapun, tahap penyertaan komuniti dalam bidang keusahawanan adalah masih rendah. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penyertaan komuniti dalam keusahawanan, agar hala tuju penyertaan komuniti dalam bidang ini dapat dikenal pasti. Selain itu, faktor-faktor pelengkap lain yang menentukan trend ini di kawasan luar bandar juga dibincangkan. Melaluipenyertaan aktif dalam kalangan ahli-ahli komuniti, diharapkan keusahawanan luar bandar akan maju ke arah kemakmuran dan kejayaan pembangunan kawasan luar bandarKatakunci: Gerakan Daya Wawasan, keberkesanan, keusahawanan, luar bandar, penyertaan komuniti, taraf hidupEntrepreneurship is often recognized as a catalyst in changing and improving the standard of living of community members. Ensuring the community participation in entrepreneurship is deemed necessary for its effectiveness, particularly in projects initiated in the rural areas. However, the level of community's participation in entrepreneurship is rather low. This article aims to identify factors that influence the level of community's participation in order to mark the future direction of entrepreneurship. Other complementary factors that determine these trends in rural areas are also discussed. Through active participation among community members, it is anticipated that rural entrepreneurship will be progressing towards prosperity and success in rural areas.Keywords: community participation, effectiveness, entrepreneurship, Gerakan Daya Wawasan, rural, standard of living