Persepsi pelajar geografi terhadap GIS (Geography students’ perception of GIS)

Mokhtar Jaafar

Abstract


Sistem Maklumat Geografi (GIS) adalah suatu teknologi maklumat spatial yang efektif untuk mengendalikan maklumat keruangan. Sehubungan itu pelajar geografi didedahkan dengan teknologi ini melalui kursus GIS. Namun begitu, persepsi pelajar geografi terhadap kursus dan teknologi GIS jarang dikaji. Sehubungan itu, kajian mengenai persepsi pelajar geografi bagi kedua-dua perkara tersebut telah dilakukan. Kajian ini melibatkan 22 pelajar geografi Tahun Ke-2 bagi sesi 2008/2009. Tiga tahap penelitian dilakukan iaitu tahap sebelum, semasa dan selepas mengikuti kursus GIS. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan responden mengenai GIS sebelum mengikuti kursus GIS adalah rendah dan menganggap kursus GIS sebagai kursus yang sukar. Walaupun tahap pengetahuan responden mengenai GIS bertambah baik namun lebih daripada 75% dalam kalangan mereka menyatakan GIS adalah suatu kursus yang sukar. Pelbagai alasan dikemukakan berhubung dengan perkara ini seperti tekanan yang dihadapi dengan aktiviti GIS semasa kelas praktikal dan kesukaran untuk memahami istilah-istilah baru. Kebanyakan responden juga gagal mengaitkan pengetahuan GIS yang mereka perolehi dengan lain-lain kursus geografi yang diikuti. Walaupun, kebanyakan responden menyedari potensi GIS dalam pasaran kerja tetapi ini tidak mempengaruhi mereka untuk meneruskan pendidikan GIS pada peringkat seterusnya. Lebih daripada 60% responden menyatakan GIS menawarkan kemahiran teknologi maklumat yang penting dalam pasaran kerja tetapi kesukaran GIS didapati mengurangkan minat mereka terhadap GIS.

Katakunci: kajian persepsi, kebolehpasaran, pelajar geografi, Sistem Maklumat Geografi (GIS), tekanan pembelajaran, teknologi maklumat digital

Given that the Geographical Information Systems (GIS) is an effective spatial information technology in organising spatial information, geography students have been exposed to this technology through GIS courses. However, their perceptions of the GIS courses and technology are rarely being studied. To bridge this research gap this study was conducted involving 22 of second year geography students in 2008/2009 session at three stages of before, during and after attending the GIS courses. It was found that the students knowledge of GIS was low before they attended the GIS course and improved during the period of attending the GIS course. Although this gave the impression that their knowledge of GIS was getting better, more than 75% of them still perceived the GIS as a very difficult course. Several reasons were been cited for this including the stressfulness of GIS activities during practical classes and the difficulty of comprehending new terminologies in studying and doing GIS. Many of the students also failed to relate their knowledge of GIS to other geography subjects. Although many (60%) were aware of the employment potential of mastering the GIS this did not prompt them to pursue the GIS at post-graduate levels, all due to the perceived highly difficult nature of learning the GIS.

Keywords: digital information technology, employability, Geographical Information Systems (GIS), geography students, perception study, study stress


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.