Politik pilihan raya dalam PRU-14 dan pasca PRU-14 di Negeri Sembilan (Election of politics in the GE-14 and post-GE-14 in Negeri Sembilan)

Junaidi Awang Besar, Mokhtar Jaafar, Mokhtar Ahmad

Abstract


Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 menyaksikan buat pertama kalinya parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya menewaskan Barisan Nasional di Negeri Sembilan dengan 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dikuasai oleh PH berbanding 16 kerusi DUN dikuasai BN daripada keseluruhan 36 kerusi DUN. Kemenangan PH ini menunjukkan berlakunya dinamika politik yang disebabkan oleh faktor isu, kepimpinan, pengaruh media sosial dan ingin mencuba pemerintahan baru. Artikel ini menganalisis politik pilihan raya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan pasca PRU-14 di Negeri Sembilan. Penulisan artikel ini menggunakan data primer iaitu data kualitatif daripada pemerhatian di lapangan dan data sekunder iaitu olahan data sekunder daripada keputusan PRU-14 dari Suruhanjaya Pilihan Raya bagi Negeri Sembilan, buku akademik, artikel jurnal dan kertas seminar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perubahan politik yang berlaku di Negeri Sembilan telah memberi satu gambaran tentang dinamisnya pola tingkah laku politik dalam pengundian. Namun begitu, beberapa kawasan di Negeri Sembilan masih lagi memberi sokongan kuat kepada BN terutamanya di beberapa DUN yang majoritinya pengundi kaum Melayu. Isu nasional terutama 1MDB dan cukai GST adalah sebahagian daripada modal berkempen yang kuat dan kerap digunakan oleh PH dalam kempen mereka di samping isu pemilikan tanah. Bagi pasca PRU-14, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlaku di negeri ini memberi gambaran yang berbeza mengenai sokongan rakyat terhadap kepimpinan semasa. Oleh itu implikasi penulisan artikel ini menunjukkan bahawa politik nasional dan politik Negeri Sembilan bersifat dinamik dan berseni berdasarkan kepada isu dan kredibiliti kepimpinan. 

Kata kunci: Pilihan Raya Umum, dinamika politik, isu, kepimpinan, media sosial

The 14th General Election (GE) saw for the first time the opposition party, Pakatan Harapan (PH), using the Parti Keadilan Rakyat (PKR) logo successfully defeated the Barisan Nasional in Negeri Sembilan with 20 state assembly seats held by the PH compared to BN’s 16 state seats out of a total of 36 state seats. This PH victory signaled the emergence of political dynamics as a result of issues, leadership, social media influence and a desire to try new government. This article analyze election of politics in the 14th and post-14th General Elections in Negeri Sembilan. The writing of this article uses primary data that is qualitative data from field observations and secondary data from the GE 14th by the Election Commission, academic books, journal articles and seminar papers. The findings of the study show that the political changes taking place in Negeri Sembilan have provided an overview of the dynamic of political behavior in voting. However, several areas in the state are still giving strong support to the BN, especially in some of the state’s seat with majority Malay voters. National issues especially 1MDB and GST tax are part of the main issues used by PH in their campaigns as well as land ownership issues. For the post-GE14, the two by-elections in the state provided a different picture of the people's support for the current leadership. Therefore, the implications of writing this article show that the national politics and politics of Negeri Sembilan were dynamic and artistic based on issues and credibility of leadership. 

Keywords: General election, political dynamics, issues, leadership, social media

 


Keywords


Pilihan Raya Umum; dinamika politik; isu; kepimpinan; media sosial

Full Text:

PDF

References


Ab. Rahim Tahir. (1995). Analisis 1995: Perangkap BN Tahun 2000. Ampang: Citakhidmat (M) Sdn. Bhd.

Ahmad Kamal Ariffin Mohd. Rus, Nor Ain Mat Nor & Nur Hannah Ahmad Zainy. (2019). Kerana Nila? Kekalahan Barisan Nasional di Negeri Sembilan. Dlm. Zulkanain Abdul Rahman, Rosmadi Fauzi & Amer Saifude Ghazali (Pnyt). Pilihan Raya Umum ke-14: Isu dan Cabaran Malaysia Baharu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Ariff Aizuddin Azlan & Mohammad Khairuddin Majidillah. (2018) Ayunan Bandar Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14: Kajian Kes Negeri Sembilan. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 45(2)(December 2018), 251-272.

BERSIH. (2019). Laporan Pemerhatian Pilihan Raya Kecil N27 Rantau 23 April 2019. Kuala Lumpur: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil 2.0.

Hussain Mohamed. (1986). Membangun Demokrasi: Pilihanraya di Malaysia. Kuala Lumpur: Karya Bistari Sdn. Bhd.

Hussain Mohamed. (2007). Di antara yang cemerlang dan yang terbilang: Merenungi politik dan kepimpinan negeri. Dlm. Abdul

Hair Awang, Mohd Ekhwan Toriman & Marsitah Mohd Radzi. Negeri Sembilan: Potensi dan Cabaran. Puchong: Scholar Press (M) Sdn. Bhd.

Junaidi Awang Besar. (2017). Politik pilihan raya menuju PRU-14: kajian kes di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. 3rd International Conference On Elections And Democracy. Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak. 473-508.

Junaidi Awang Besar. (2018). Analisis Faktor Geografi Terhadap Pola Pengundian Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, 2018 di Malaysia. International Conference on Social Sciences And Humanities (ICOSH-7) 2018. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor. 12-15 November.

Junaidi Awang Besar. (2019a). Perubahan politik dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, 2018 di Malaysia. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 15(4), 220-232.

Junaidi Awang Besar. (2019b). Pengaruh Geopolitik Kaum Dalam Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14, 2018 Di Malaysia. International Conference On Social Sciences And Humanities 2019 (ICOSSH 2019). Parkcity Everly Hotel, Bintulu, Sarawak, Malaysia. 8-9 October.

Junaidi Awang Besar. (2019c). Pilihan Raya Kecil (PRK) Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 di Malaysia: Faktor Sokongan, Pola dan Impak. Post-GE14 By-Elections: Implications for GE15. Subchapter: Analyses of Post-GE14 By-Elections. Experimental Hall, Level 3, Rectory, IIUM Gombak. 28 August/Wednesday.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali & Mazlan Ali. 2019. Pilihan Raya Kecil (PRK) Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 di Malaysia: Pola dan Impak. 3rd USM-International Conference on Social Sciences (ICOSS) 2019. Bayview Beach Resort, Batu Feringgi, Penang, Malaysia. 21-23 Ogos 2019.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Abdul Halim Sidek & Noor Aziah Hj. Mohd Awal. (2010). Politik Belia di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Persidangan Kebangsaan Ke-3 Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran (PPSPP). Hotel Equatorial, Bangi-Putrajaya. 20-21 Julai.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Yahaya Ibrahim, Abdul Halim Sidek, Jeniri Amir, Rosmadi Fauzi & Novel Lyndon. (2012). Persepsi Politik Pengundi Belia Melayu Pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 di Malaysia. Jurnal Melayu. 9(2012), 191-214.

Junaidi Awang Besar, Mohd Fuad Mat Jali, Rosmadi Fauzi, Mohd Syukri Zainuddin, Muhammad Hazim Abd Ghani & Mazlan Ali. (2018). Pola Pengundian Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, 2018 di Wilayah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Malaysia Brunei Forum 2018 (MBF 2018). Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.7-8 November.

Khoo Kay Kim. (1994). Adat dan perkembangan politik: Pembangunan masyarakat Negeri Sembilan. Dlm. Samad Idris, Norhalim Ibrahim, Muhammad Tainu & Dharmala N.S. (Penyelenggara). Negeri Sembilan: Gemuk Dipupuk, Segar Bersiram: Adat Merentas Zaman. Seremban: Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri Sembilan Darul Khusus.

Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Abdul Halim Sidek & Noor Aziah Hj. Mohd Awal. (2011). Persepsi politik belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space (Special Issue: Social and Spatial Challenges of Malaysian Development), 7, 105-115.

Mohd Fuad Mat Jali & Rusnah Alias. (2007). Pembangunan perumahan: Strategi melestarikan geopolitik Melayu di kawasan DUN Ampangan, Negeri Sembilan. Dlm. Abdul Hair Awang, Mohd

Ekhwan Toriman & Marsitah Mohd Radzi. Negeri Sembilan: Potensi dan Cabaran. Puchong: Scholar Press (M) Sdn. Bhd.

Mohd Hasbie Muda. (2013). Kemenangan yang Tertangguh: Analisis keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 dan Unjuran Kemenangan Masa Hadapan. Petaling Jaya: Megamind Leadership Consultancy.

Mohd Sayuti Omar. (2004). Pilihan Raya Umum Ke 11: Suatu Tragedi. Kuala Lumpur: Tinta Merah.

Mohammad Khairuddin Majidillah & Zulkanain Abdul Rahman. (2019). Prestasi DAP di dalam Pilihan Raya Umum ke-14: Kajian Kes Negeri Sembilan. Dlm. Zulkanain Abdul Rahman, Rosmadi Fauzi & Amer Saifude Ghazali (Pnyt). Pilihan Raya Umum ke-14: Isu dan Cabaran Malaysia Baharu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mokhtar Ahmad. (2019). Pola Kecenderungan Politik Melayu Luar Bandar Di Negeri Sembilan. Postgraduate Research Seminar 2019/Seminar Penyelidikan Siswazah (POGRES 2019). Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. 4 Disember.

Nazli Aziz. (2008). Pilihan Raya Umum Ke-12 dan perhubungan kaum di Malaysia: Suatu “bicara”. Dlm. Worran Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib & Abdul Kadir Rosline (Pnyt.). Prosiding Seminar Politik Malaysia: Landskap Politik Malaysia Pasca Pilihan Raya Ke-12. Universiti Teknologi MARA Sabah.

Rusnah Alias. (2000). Pembangunan sector perumahan: Pengukuhan geopolitik Melayu di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N21 Ampangan, Negeri Sembilan. Latihan Ilmiah. Jabatan Geografi, Fakulti Sains Kemasyarakatn dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

SariMysara Othman & Alif Iman Hakim. (2008). Strategi Kemenangan Anwar Ibrahim. Kuala Lumpur: Focus Media Enterprise.

Strategic Info Research Development. (2000). Dilema UMNO: Analisa Pilihanraya Umum 1999. Petaling Jaya: SIRD.

Sara, C. (2018). Pilihan raya dan impak media sosial. Berita Harian (Kolumnis), 2 Mei.

Wong Pooi Ling (2001) Perilaku pengundi Cina dalam pilihanraya 1999: satu kajian kes di DUN Rahang, Negeri Sembilan. Latihan Ilmiah, Jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yusop Khan Loth Khan. (2000). Nostalgia Pilihan Raya 1955-1999: Perjalanan Menuju Abad 21. Pulau Pinang: Zainol Ahmad Resource Center.

Zakry Abadi. (1986). Suatu Analisa Pilihanraya Umum ‘86. Kuala Lumpur: Syarikat Grafikset Abadi.

Zakry Abadi. (1990). Menjelang Pilihanraya Umum Ke-8: Mahathir ‘Machiavelli’ Malaysia?. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.