Gong dalam kehidupan golongan aristokrat Sebup, Kenyah di Sarawak (Gong in the life of Sebup aristocrat in the Kenyah community of Sarawak)

Nur Afifah Vanitha Abdullah

Abstract


Sebup adalah sebahagian suku kaum Kenyah di Sarawak. Masyarakat Sebup mendiami kawasan Long Loyang, di Miri. Masyarakat ini masih kuat mengamalkan beberapa budaya tradisi dan antaranya adalah berhubung dengan gong. Setiap keluarga aristokrat Sebup pasti memiliki sekurang-kurangnya sebuah gong dan lazimnya gong disimpan bersama bekalan beras di sebuah tempat khusus. Ruang penyimpanan khas bagi gong ini sudah cukup untuk menggambarkan kedudukan dan kepentingan gong dalam masyarakat Sebup. Peranan gong dalam konteks budaya Sebup melangkaui fungsi lazimnya sebagai sebuah alat muzik. Artikel ini bertujuan menerangkan fungsi gong dalam kitaran hidup golongan aristokrat Sebup. Untuk tujuan tersebut, sebuah kajian asas dirangka dengan reka bentuk kaedah kualitatif untuk memperoleh data. Memandangkan jurang ilmu yang agak ketara dalam subjek ini, maka temu bual dipilih sebagai kaedah utama bagi memperoleh data. Penyimpan adat masyarakat Sebup dan beberapa orang ahli masyarakat aristokrat yang berusia lebih 60 tahun ke atas dipilih sebagai informan. Dapatan kajian mendapati gong merupakan antara budaya bahan yang sangat penting dan berharga bagi golongan aristokrat Sebup. Gong adalah antara peralatan yang wajib ditampilkan dalam hampir kesemua upacara dalam kitaran hidup aristokrat Sebup. Gong wajib ditampilkan dan digunakan dalam upacara perkahwinan, pemberian status aristokrat dan kematian. Fungsi gong bagi golongan aristokrat masyarakat Sebup adalah sebagai komoditi, penunjuk kedudukan kewangan dan status sosial, manakala bunyinya adalah petanda situasi kecemasan bagi masyarakat Sebup.

Kata kunci: budaya material, gong, kajian etnik, Kenyah, Sarawak, Sebup

The Sebup community is a small part of the Kenyah ethnic in Sarawak and resides at Long Loyang, Miri. This community still practices its’ traditional culture and among which is the gong. Every Sebup aristocrat family will own at least one gong in their home and is kept in a special place with their rice reserves. The gong storage space indicates the status and importance of gong among the Sebup. In the cultural context of Sebup, it exceeds the typical function of a gong as a musical instrument. This article intends to explain the function of gong in the life cycle of a Sebup aristocrat. Thus, a fundamental research was planned with a qualitative research design to gather data. Interview was identified as the main research tool as there is a huge knowledge gap on this subject matter. The ‘adat’ authority and a few Sebup aristocrat members above 60 years of age were selected as informants to gather data. The findings of this research are that the gong is a very important and valuable material culture for the Sebup aristocrats. The gong is among the significant item in almost all rites in the life cycle of a Sebup aristocrat. The gong must be present and used during important ceremonies such as marriage, conferring of aristocrat status, and death. It serves as commodity, a financial and social status signifier, and its’ sound indicates situation of emergency for the Sebup society.

Keywords: material culture, gong, ethnic studies, Kenyah, Sarawak, Sebup


Keywords


budaya material; gong; kajian etnik; Kenyah; Sarawak; Sebup

Full Text:

PDF

References


A. Samad Kechot, Rahim Aman, & Shahidi A.H. (2017). Komunikasi sosial dalam kalangan etnik Lembangan di Sadong: Gendang Melayu Sarawak. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 33(1), 158-172.

Astro Awani online. (14 Januari 2017). https://www.astroawani.com/foto-malaysia/abang-johari-angkat-sumpah-ketua-menteri-sarawak-ke6-4187.

Francis Pingan Sabang. (2018). Kegunaan gong dalam masyarakat Sebup. Long Loyang, Sarawak. Temu bual, 21 Mac.

Fujica anak Anggo, & Louis Laja. (2018). Traditional tattoo motifs as a symbol of social status of the women in Orang Ulu (Kayan-Kenyah) community in Sarawak. International Journal of Business and Management, 2(1), 7-11.

Gregory Kiyai, & Noria Tugang. (2020). Artifak budaya masyarakat Iban: Warisan dan pusaka. Jurnal Kinabalu, 26(1), 59-71.

Hong, Evelyn. (1978). The process of sociocultural change in a Kenyah community. Akademika, 13, 31-44.

Jeffrey Ngau Lenjau. (2017). Transformasi sosial dalam etnik Kenyah Sang di Long San, Baram Sarawak. Journal of Borneo Kalimantan, 3(2), 62-72.

Junaidi Awang Besar, Novel Lyndon, & Mohd Azlan Abdullah. (2014). Politik pilihan raya dan partisipasi politik Orang Ulu di Negeri Sarawak. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 10(5), 135-147.

Kapit Pur. (2018). Adat perkahwinan masyarakat Ketaw Sebup. Long Loyang, Sarawak. Temu bual, 21 Mac.

Kwok, Chin Hoe, & Haris Abd. Wahab. (2013). Sokongan politik dan penglibatan masyarakat dalam program pembasmian kemiskinan di Sarawak. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 9(1), 89-97.

Low Kok On. (2010). Lambang semangat juang dalam legenda Rentap dan sejarah penentangannya terhadap Raja Brooke di Sarawak. SARI- International Journal of the Malay World and Civilisation, 28(1), 151-175.

Micheal Sabang. (2018). Kegunaan gong dalam kalangan masyarakat Ketaw Sebup. Long Loyang, Sarawak. Temu bual, 21 Mac.

Micheal Sabang. (2021). Kegunaan gong dalam kalangan masyarakat Ketaw Sebup. Long Loyang, Sarawak. Temu bual, 8 Januari.

Mohd. Azlan Mis. (2012). Medium perantara pelbagai suku kaum di Sarawak: kajian lingua franca. GEMA Online Journal of Language Studies, 12(3) Special Section, 903-922.

Salmah Omar, Philip Lepun, & Ribka Alan. (2016). Etnik dan pembentukan landskap budaya Malaysia: seni anyaman tikar Orang Ulu Sarawak. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 12(10), 21-28.

Suffian Mansor. (2016). Pakatan politik berasaskan kaum: kerelevanan dan kelangsungan jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak. JEBAT: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 43(2), 100-123.

Suzanne anak Atar, Angelina Ansley, & Bilcher Bala. (2017). Fungsi dan cabaran Baruk sebagai warisan budaya Bidayuh. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaelogy and History), 1(1), 113-141.

Tan Chee Beng. (1997). Indigenous people, the state and ethnogenesis: a study of the communal association of the “Dayak” in Sarawak Malaysia. Journal of Southeast Asian Studies, 28(2), 263-284.

Telun Liah Langet. (2018). Upacara-upacara penting dan adat istiadat dalam kalangan masyarakat Ketaw Sebup. Long Loyang, Sarawak. Temu bual, 20 Mac.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.