Strategi pemantapan perpaduan menerusi animasi Upin & Ipin (Strategy to strengthen unity through Upin & Ipin animation)

Muhammad Syahman Mahdi, Yusmilayati Yunos, Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff

Abstract


Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan sebuah kejadian berdarah yang menjadi titik hitam kepada penduduk Malaysia. Selepas tercetusnya peristiwa tersebut lima prinsip Rukun Negara telah digubal untuk dijadikan pegangan dan dasar bagi penyatuan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Bagi melestarikanya, setiap prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara perlu diperkasakan dan diamalkan melalui amalan perpaduan bagi menjamin kestabilan sosial dalam membina sebuah negara yang berdaulat dan dihormati. Antara objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesedaran dan kepentingan Rukun Negara, dan seterusnya melihat kelebihan animasi Upin & Ipin dalam memberi sumbangan yang positif bagi pembentukan perpaduan sosial masyarakat di Malaysia. Animasi ini dianalisis dengan menggunakan pendekatan prinsip Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Dapatan kajian menunjukkan keempat-empat hasil dapatan iaitu kesejahteraan, perpaduan, bahasa dan media massa saling berkaitan antara satu sama lain dalam membentuk strategi pemantapan dan pengukuhan perpaduan melalui prinsip Kesopanan dan Kesusilaan. Kejayaan mengadunkan keempat-empat dapatan ini telah menghasilkan sebuah jalan cerita animasi yang baik bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan memahami dan menghayati Rukun Negara. Justeru, implikasi kajian ini diharapkan dapat menjadi titik awal terhadap pembentukan perpaduan yang dinamik menerusi Rukun Negara bagi membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan berpendirian teguh.

Kata kunci: Animasi, Kesopanan dan Kesusilaan, perpaduan, Rukun Negara, 13 Mei 1969, Upin & Ipin

The incident of 13 May 1969 was a bloody incident that became a black spot for the people of Malaysia. After the event, the five principles of Rukun Negara were formulated to be the holding and policy for the unification of the multi-racial people in this country. To sustain it, every principle contained in the Rukun Negara must be strengthened and practiced through the practice of unity to ensure social stability in building a sovereign and respected nation. Among the objectives of this study is to identify the awareness and importance of Rukun Negara, and further see the advantages of Upin & Ipin animation in providing a positive contribution to the formation of social unity in Malaysia. This animation is analysed using the approach of the fifth principle of Rukun Negara, namely Decency and Morality. The findings of the study show that the four findings, namely well-being, unity, language and mass media are interrelated with each other in formulating strategies to strengthen and strengthen unity through the principles of Decency and Morality. The success of blending these four findings has produced a good animated storyline to make the community aware of the importance of understanding and appreciating the Rukun Negara. Thus, the implications of this study are expected to be the starting point for the formation of dynamic unity through the Rukun Negara to form a Malaysian society that is united and has a strong stance.

Keywords: Animation, Courtesy and Morality, unity, Rukun Negara, May 13, 1969, Upin & Ipin



Keywords


Animasi, Kesopanan dan Kesusilaan, Perpaduan, Rukun Negara, 13 Mei 1969, Upin & Ipin

Full Text:

PDF

References


Ab Razak Ab Karim. (2006). Strategi komunikasi dan kesopanan berbahasa dalam kalangan masyarakat Melayu tradisional: kajian berdasarkan warkah-warkah Melayu lama. Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu. Kuala Lumpur, Universiti Malaya.

Fadli Abdullah, & Md Sidin Ahmad Ishak. (2010). Pembangunan sektor animasi di malaysia: pendidikan dan latihan animasi di Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 69-82.

Fatimah Muhd Shukri, & Nur Afifah, V. A. (2016). Ruang, masa dan sebab akibat dalam naratif filem animasi Geng Pengembaraan Bermula. Jurnal Melayu, 15(2), 237-249.

Hadijah Johari, & Anas Suzastri Ahmad. (2019). Persepsi terhadap konsep Rukun Negara melalui pengajaran kursus Pengajian Malaysia. E-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan 2019, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Harsono, B. (2009). Perbedaan hasil belajar antara metode ceramah konvensional dengan ceramah berbantuan media animasi pada pembelajaran kompetensi perakitan dan pemasangan sistem rem. Jurnal Pendidikan Teknik Mesin, 9(2), 71-79.

Hasrul Hashim, Jamaluddin Aziz, & Faridah Ibrahim. (2014). Filem dan revolusi teknologi: persepsi penggunaan CGI dari aspek estetik dan kreativiti. Jurnal Komunikasi, 30, 95-106.

Hassan Mutalib. (2006). The influence of anime on Malaysia animation filmakers. Kuala Lumpur, Rempah Seniman.

M. Mahmood. (2012). Kesinambungan tradisi dalam animasi. Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mardiana Nordin & Hasnah Hussin. (2014). Pengajian Malaysia. (Edisi Kelima). Selangor, Oxford Fajar.

Marlyna Maros. (2008). Lakuan bahasa komplen: manifestasi dan istilah-istilahnya dalam komuniti bahasa Melayu. Jurnal Melayu, (3), 1-20.

Mohammed Shahemey Azmi. (2015). Animasi Malaysia cetus fenomena. Kuala Lumpur, Utusan Melayu (M) Berhad.

Mohd. Nor Shahizan Ali, Mus Chairil Samani, & Hasrul Hashim. (2011). Analisis naratif filem dokumentari The Kinta Story (1949). Jurnal Komunikasi, 27(2), 183-202.

Noor Hasnoor Mohamad Nor, Eizah Mat Hussain, & Ahmad Ramizu Abdullah. (2019). kesopanan dalam komunikasi menerusi filem animasi kanak-kanak tempatan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 35(4), 368-385.

Siti Norayu Mohd Basir, Junainor Hassan, Shuhairimi Abdullah, & Hasad Hassan. (2004). persepsi pelajar terhadap konsep rukun negara melalui pengajaran subjek hubungan etnik:kajian kes di Universiti Malaysia Perlis. Journal of Human Development and Communication, 3 (Special Issue), 67-79.

Zuliskandar Ramli. (2011). Rumpun Melayu di Madagascar. Dlm. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Zuliskandar Ramli, Mohamad Zain Musa, & Adnan Jusoh (pnyt.). Alam Melayu satu pengenalan. Bangi, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).

Zulkifley Hamid, & Naidatul Zamrizan Abu. (2013). Memupuk perpaduan di Malaysia – santun bahasa dalam kalangan murid pelbagai etnik dari aspek penggunaan kata ganti nama diri. Geografia-Malaysian Journal of Society and Space, 31(1), 171-186.

Zulkifley Hamid, Naidatul Zamrizan Abu, & Asyraf Zulkifley. (2015). Strategi komunikasi dalam kalangan murid pelbagai etnik. Jurnal Komunikasi, 31(1), 171-186.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.