Pemilihan Bahasa dalam Domain Kekeluargaan Masyarakat Cina Peranakan Tirok, Kuala Terengganu (Language Choice in the Family Domain of the Chinese Peranakan Community in Tirok, Kuala Terengganu)

Ummi Aiman Zahimi, Wan Robiah Meor Osman

Abstract


ABSTRAK


Masyarakat Cina Peranakan merupakan kumpulan etnik minoriti yang menetap di Kampung Tirok, Kuala Terengganu. Komuniti ini terkenal dengan keunikan budaya serta warisan linguistik hasil perkahwinan campur antara imigran Cina dan wanita tempatan. Kajian ini dijalankan bagi meneliti corak pemilihan bahasa dalam domain kekeluargaan masyarakat Cina Peranakan Tirok. Pendekatan campuran kualitatif dan kuantitatif digunakan melalui tiga instrumen utama, iaitu soal selidik, temu bual separa berstruktur dan pemerhatian turut serta. Akibat faktor migrasi dan perkahwinan campur berlaku penyusutan jumlah penduduk. Oleh itu, kini di Kampung Tirok hanya terdapat tujuh buah keluarga Cina Peranakan yang masih menetap di kawasan tersebut. Seramai 15 orang responden daripada tujuh buah keluarga tersebut telah dipilih bagi mewakili pelbagai generasi dan kedudukan dalam struktur keluarga untuk memastikan kepelbagaian pandangan dapat diperoleh. Kajian ini berasaskan Kerangka Fishman (1972) yang menekankan hubungan antara bahasa, domain penggunaan dan identiti sosial. Dapatan menunjukkan bahawa Bahasa Hokkien (BH) kekal sebagai bahasa dominan dalam interaksi kekeluargaan dalam ketiga-tiga lingkungan generasi. Namun begitu, Dialek Melayu Terengganu (DMT) dan Bahasa Mandarin (BM) turut digunakan secara campuran dalam situasi tertentu. Fenomena percampuran kod ini dipengaruhi oleh konteks perbualan, jurang generasi dan latar pendidikan penutur. Secara keseluruhan, pemilihan bahasa dalam domain kekeluargaan masyarakat Cina Peranakan Tirok didapati berkait rapat dengan faktor sosial dan budaya, faktor konteks dan situasi, serta faktor pengaruh luaran dan dalaman.


Kata kunci: domain kekeluargaan; Cina Peranakan; pemilihan bahasa; Kerangka Fishman


ABSTRACT


The Peranakan Chinese community is a minority ethnic group residing in Kampung Tirok, Kuala Terengganu. This community is well known for its unique cultural identity and linguistic heritage resulting from intermarriage between Chinese immigrants and local Malay women. This study aims to examine patterns of language choice within the family domain among the Peranakan Chinese community of Tirok. A mixed-methods approach was employed, incorporating three main instruments: questionnaires, semi-structured interviews, and participant observation. Due to migration and intermarriage, the population of this community has declined significantly. Consequently, only seven Peranakan Chinese families currently reside in Kampung Tirok. A total of 15 respondents from these seven families were selected to represent different generations and family positions, ensuring a diversity of perspectives. This study is based on Fishman’s (1972) Framework, which emphasizes the relationship between language, domains of use, and social identity. Findings indicate that Hokkien (BH) remains the dominant language in family interactions across all three generational levels. However, the Terengganu Malay Dialect (DMT) and Mandarin (BM) are also used in certain mixed-language situations. The phenomenon of code-mixing is influenced by conversational context, generational gaps, and speakers’ educational backgrounds. Overall, language choice within the family domain of the Peranakan Chinese community in Tirok is closely related to social and cultural factors, contextual and situational factors, as well as internal and external influences.

Keywords: Family domain; Chinese Peranakan; language choice; Fishman’s Framework


Keywords


domain kekeluargaan; Cina Peranakan; pemilihan bahasa; Kerangka Fishman

Full Text:

PDF

References


Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. 2014.

Penyelidikan Komunikasi: Pendekatan Kuantitatif dan

Kualitatif. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ang Lay Hoon & Che Radiah Mezah. 2012. Masalah

penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar etnik

Cina di Malaysia. Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan

Kemanusiaan 5(2): 215–226.

Asmah Haji Omar. 1986. Bahasa dan pemikiran alam Melayu.

Kuala Kumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Burhan Murshidi Baharon et al. 2023. Pemilihan bahasa

masyarakat Orang Asli di Jerantut, Pahang. Mahawangsa

(2): 67-82.

Collins, J.T. 2018. Pemilihan bahasa komuniti Penan Muslim

di Sarawak. GEMA: Online Journal of Language Studies

(4): 61–80.

David, M.K. & Naji, I. 2000. Do minorities have to abandon

their languages? A case study of the Sindhis in Malaysia.

International Journal of the Sociology of Language 145:

–87.

Ervin-Tripp, S. 1968. “An Analysis of the Interaction of

Language, Topic and Listener.” In: Fishman, J. (ed).

Readings in the Sociology of Language. The Hague:

Mouton, 192-211. American Anthropologist 66: 86- 102)

Fishman, J.A. 1972. Domains and The Relationship Between

Mico and Macrosociolinguistics. Holt, Rinehart & Winston.

Fishman, J.A. 1972. The sociology of language. Rowley, MA:

Newbury House.

Fishman, J.A. 1991. Reversing Language Shift: Theoretical

and Empirical Foundations of Assistance to Threatened

Languages. Clevedon: Multilingual Matters.

Iskandar Hasan Tan Abdullah. 2022. Asimilasi bahasa, adat dan

agama. Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Masyarakat.

Nurul Atikah Marshid & Sa’adiah Ma’alip. 2019. Pemilihan

bahasa dalam masyarakat multilingual: Minoriti Siam

Peranakan di Alor Setar, Kedah. Jurnal Wacana Sarjana

(2): 1–14.

Nurul Jannah & Mohamad Suhaizi Suhaimi. 2023. Pemilihan

dan Penguasaan Bahasa dalam Kalangan Anak Pasangan

Kahwin Campur Orang Asli Jakun. International Journal of

Language Education and Applied Linguisitcs 13(1): 47-56.

Norasikin Ghazali, Mohammad Fazeli Jaafar & Harishon Radzi.

Pemilihan bahasa dalam Kalangan Dua Generasi

Cham Malaysia. Jurnal Akademika 90(2): 75-89.

Mohamad Nazri, Hanapi Dollah & Teo Kok Seong. 2011.

Penghayatan tradisi lisan Melayu dalam kalangan

masyarakat Cina Kelantan. Jurnal Melayu (8): 111-132.

Mohd Zahirwan Halim Bin Zainal Abidin, Muhammad Yusri

Bin Yusof @ Salleh, Paiz Bin Hassan, Hamdi Rahman Bin

Mohd Yaacob, Mazlah Bt Yaacob. 2012. Asimilasi budaya

Melayu dalam masyarakat Cina Peranakan di Negeri

Kelantan: Kajian di Kampung Pasir Parit, Chetok, Pasir

Mas, Kelantan. The 9th Regional Symposium of the Malay

Archipelago: 151–160.

Mohd Roslan Mohd Nor & Haryati Hasan. 2010. Kebolehan

bahasa masyarakat Cina Peranakan Kelantan. Jurnal

Usuluddin. 115–133. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Muhamad Khairul Najmi Amran, Wan Robiah Osman & Nor

Fazila Ab Hamid. 2024. Pilihan bahasa dalam Domain

Kekeluargaan Masyarakat Siam, Kedah. Akademika 94(3):

- 497.

Pue Giok Hun, Ong Puay Liu & Loo Hong Chuang. 2019.

Kelantanese Chinese Language and Marker of Group

Identity. Journal of Language Studies 19(2).

Pue Giok Hun. 2015. Perkahwinan campur dan fenomena

Peranakan di Semenanjung Malaysia. Bangi: Penerbit

UKM.

Rahilah Omar, Nasrun Alias & Teo Kok Seong. 2016. Pemilihan

bahasa masyarakat Chetti di Melaka. Jurnal Melayu 15(2):

–221.

Riduan Makhtar, Siti Aisah Binti Zailani & Abd Ganing

Laengkang. 2019. Pemilihan bahasa dalam masyarakat

Semai di Kampung Serigala, Hulu Selangor. e-Prosiding

Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan,

-10.

Rothe, E. M., Tzuang, D., & Pumariega, A. J. 2010. Acculturation

and development. Child and Adolescent Psychiatric Clinics

of North America 19(4): 681–696.

Sa’adiah Ma’alip. 2014. Pemilihan bahasa: proses peralihan

bahasa masyarakat Orang Asli Che Wong. Jurnal Melayu

(1): 32-43.

Sabitha Marican. 2009. Kaedah Penyelidikan Sains Sosial.

Petaling Jaya: Pearson Malaysia.

Saidah Binti Ismail. 2009. Pilihan bahasa di kalangan Komuniti

Bugis. Fakulti Bahasa dan Linguistik. Kuala Lumpur:

Penerbit Universiti Malaya.

Shahrul Afzan, S.A. & Abdul Halim, M. 2024. Cabaran dan

Keperluan dalam Memperkasakan Pendidikan Awal

Kanak-Kanak Orang Asli. International Journal of Future

Education and Advances (IJFEA) 1(1): 1–10.

Tan Chee Beng. 2009. Chinese Peranakan Heritage in Malaysia

and Singapore. Singapore: Fajar Bakti.

Tan Chee Beng. 2010. Intermarriage and the Chinese in

Southeast Asia. Dalam L. Suryadinata (Ed.), Peranakan

Chinese in a globalizing Southeast Asia (28). Singapore:

Chinese Heritage Centre.

Teo Kok Seong. 2005. Persepsi masyarakat Melayu Kelantan

dalam bahasa dan budaya Cina peranakan Kelantan. Dalam

Seminar Za’ba Mengenai Alam Melayu II, 22–24 Februari

, Hotel Prince and Residence, Kuala Lumpur.

Teo Kok Seong. 2005. Asimilasi dialek Melayu Kelantan

dan dialek Thai Kelantan dalam bahasa Cina Peranakan

Kelantan. Jurnal Bahasa 5(1): 68–82.

Zulkifli, M.A. & Abdullah, N.A. 2014. Chinese Peranakan

heritage in Malaysia and Singapore: Socio-cultural

diversities and identities. Jurnal Antarabangsa Dunia

Melayu (IMAN) 2(3): 1–12.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


 


ISSN 2289-1706 | e-ISSN : 2289-4268 

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
MALAYSIA

© Copyright UKM Press, Universiti Kebangsaan Malaysia