Keberkesanan Bahan Pendidikan Bercetak Untuk Penjagaan Pemakanan Dalam Kalangan Penjaga Pesakit Kanser Kanak-kanak di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur
Abstract
Malpemakanan dalam kalangan pesakit kanser kanak-kanak adalah perkara yang seringkali terjadi semasa menjalani rawatan kanser dan sekiranya tidak diuruskan dengan baik boleh membawa implikasi negatif. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk membina bahan pendidikan bercetak yang bertajuk “ Penjagaan Pemakanan untuk Penjaga Kanser Kanak-Kanak ” bagi membantu penjaga kanser kanak-kanak dari segi penjagaan pemakanan. Objektif kajian ini adalah untuk menilai tahap pengetahuan, sikap dan amalan (KAP) penjaga sebelum dan selepas menerima bahan pendidikan bercetak serta menilai penerimaan bahan pendidikan bercetak yang dibina dalam kalangan penjaga. Reka bentuk kajian ini adalah Kajian Percubaan Rawak. Kajian ini melibatkan penjaga pesakit kanser kanak-kanak di Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (IPHKL)(n=34) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)(n=34). IPHKL berfungsi sebagai kumpulan eksperimen yang menerima bahan pendidikan bercetak yang dibina manakala PPUKM sebagai kumpulan kawalan menerima risalah yang diterbit oleh Institut Kanser Negara (IKN) bertajuk “Terapi diet pesakit kanser – kesan sampingan rawatan dan cara mengatasinya”. Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan yang signifikan (p<0.05) bagi tahap KAP penjaga untuk kedua-dua kumpulan dengan peningkatan terbanyak bagi kumpulan eksperimen. Skor KAP bagi kumpulan eksperimen adalah 70 ± 8% dan meningkat secara signifikan kepada 92 ± 10% selepas membaca bahan pendidikan bercetak, menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan di mana skor sebelum adalah 70 ± 11% dan meningkat kepada 77 ± 10%. Bagi penilaian penerimaan, terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) bagi min skor antara kumpulan eksperimen (48.85 ± 4.931) dan kumpulan kawalan (42.29 ± 6.834) dengan ujian t=4.538. Kesimpulannya, bahan pendidikan bercetak yang dibina dapat diterima dengan baik dan berpotensi untuk meningkatkan pengetahuan mengenai pengurusan pemakanan kanser kanak-kanak semasa rawatan dalam kalangan penjaga dengan berkesan. Ini boleh memperbaiki status pemakanan mereka untuk mendapatkan hasil klinikal yang lebih baik.DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2020-1801-01Downloads
Published
Issue
Section
License
It is a condition of publication in the Journal that authors assign copyright to the Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia, using the form available on the Copyright Assignment Form page. This ensures that requests from third parties to reproduce articles are handled efficiently and consistently and will also allow the article to be as widely disseminated as possible. In assigning copyright, authors may use their own material in other publications provided that the Journal is acknowledged as the original place of publication, and Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia is notified in writing and in advance.
Our journal offers an open access articles, which is under the Creative Common license type : Attribution-NonCommercial-ShareAlike (CC BY-NC-SA)