Tinjauan Perkembangan Penghasilan Pengganti Darah
Keywords:
Pengganti darah, pengangkut oksigen tiruan, pengganti sel darah merahAbstract
Kertas tinjauan ini bertujuan untuk membentangkan satu pandangan menyeluruh perkembangan lepas dan terkini mengenai pengganti darah terutamanya pengganti sel darah merah atau pengangkut oksigen tiruan. Pengetahuan tentang darah manusia telah diinspirasi daripada kefahaman berkaitan sistem peredaran darah manusia. Ibn Nafis ialah yang pertama memperincikan bahawa darah mengalir melalui sistem respiratori sebelum masuk ke jantung. Dapatan tersebut menafikan tuntutan bahawa terdapat rongga halus pada septum jantung. William Harvey seterusnya memperincikan sistem kardiovaskular manusia secara lebih mendalam dan telah menyumbang kepada kefahaman yang lebih baik terhadap peranan darah dalam tubuh. Percubaan beberapa pemindahan darah menggunakan darah manusia, haiwan dan pengganti darah lain seperti susu sebelum amalan tersebut diharamkan selama lebih 150 tahun di Eropah. Perkembangan utama berkaitan kumpulan darah dan reaksi antibodi telah menjadikan pemindahan darah lebih selamat. Walau bagaimanapun, beberapa isu dan cabaran telah mencetuskan semula penerokaan untuk membangunkan pengganti sel darah merah. Dua pendekatan telah diambil untuk membangunkan pengganti sel darah merah yang telah diklasifikasikan kepada pengangkut oksigen berasaskan biologi dan kimia. Usaha-usaha terawal adalah pembangunan pengangkut oksigen berasaskan hemoglobin (HBOC) dan perfluorocarbon (PFC) sementara perkembangan terkini adalah pengangkut oksigen berasaskan polimer dan sel darah merah diperolehi daripada sel tunjang secara in-vitro.DOI: https://doi.org/10.17576/jskm-2020-1802-07Downloads
Published
Issue
Section
License
It is a condition of publication in the Journal that authors assign copyright to the Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia, using the form available on the Copyright Assignment Form page. This ensures that requests from third parties to reproduce articles are handled efficiently and consistently and will also allow the article to be as widely disseminated as possible. In assigning copyright, authors may use their own material in other publications provided that the Journal is acknowledged as the original place of publication, and Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia is notified in writing and in advance.
Our journal offers an open access articles, which is under the Creative Common license type : Attribution-NonCommercial-ShareAlike (CC BY-NC-SA)