Hubungan antara Hafazan al-Quran dan Kualiti Hidup Pelajar Tahfiz di Selangor, Malaysia

Authors

  • Santibuana Abd. Rahman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ismarulyusda Ishak Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nor Malia Abd Warif Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Farah Wahida Ibrahim Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Normah Che Din Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Dzalani Harun Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahmad Rohi Ghazali Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Sabri Mohamed Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kualiti hidup, kesihatan mental, kesihatan fizikal, hafazan al-Quran, pelajar tahfiz

Abstract

Kajian terdahulu menunjukkan kualiti hidup dapat ditingkatkan melalui amalan keagamaan dan kerohanian. Hafazanal-Quran merupakan amalan keagamaan dan kerohanian yang memperkasa aspek mental dan fizikal. Namun, kajiansaintifik yang mengaitkan hafazan al-Quran dengan kualiti hidup masih terhad terutamanya dalam konteks pelajartahfiz. Maka, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara hafazan al-Quran dengan kualiti hidup dalamkalangan pelajar tahfiz di Selangor, Malaysia. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan ke atas 116 pelajar denganpensampelan rawak berstrata dari tiga buah sekolah tahfiz di Selangor. Pelajar tahfiz dikategorikan kepada tiga tahaphafazan berdasarkan jumlah juzuk yang telah dihafaz iaitu Tahap 1 (1-10 juzuk), Tahap 2 (11-20 juzuk) dan Tahap 3(21-30 juzuk). Borang soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data sosiodemografi dan borang soal selidikShort Form-36 Quality of Life (SF-36) versi Bahasa Malaysia telah digunakan untuk menilai tahap kualiti hidup. Datatelah dianalisa menggunakan SPSS versi 23.0. Hasil kajian mendapati wujud hubungan positif yang signifikan antarahafazan al-Quran dengan kesihatan fizikal (r = 0.300, p < 0.05) dan kesihatan mental (r = 0.194, p < 0.05). Ini jelasmenunjukkan bahawa semakin banyak pelajar menghafaz al-Quran semakin tinggi tahap kualiti hidup mereka. Faktoryang mempengaruhi kesihatan mental dan fizikal adalah jumlah muka surat hafazan. Kesimpulannya, hafazan al-Quranberpotensi meningkatkan kualiti hidup serta kesihatan mental dan fizikal pelajar tahfiz.DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2019-17SI-01

Downloads

Published

2019-12-01

Issue

Section

Faculty of Health Science Post Graduate Colloquium 2018