Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemapanan Intervensi Obesiti Juara Sihat daripada Perspektif Kanak-kanak: Satu Kajian Kualitatif
Abstract
Prevalens berlebihan berat badan dan obesiti kanak-kanak secara global telah meningkat secara mendadak dalambeberapa tahun ini, termasuk di Malaysia. Intervensi obesiti yang dijalankan di sekolah penting untuk menggalakkangaya hidup sihat dan perubahan tingkah laku. Terdapat banyak intervensi yang telah dijalankan bagi menangani masalahobesiti kanak-kanak; namun, kemapanan intervensi obesiti kanak-kanak sering kali diabaikan. Tujuan kajian ini adalahuntuk meneroka persepsi kanak-kanak tentang faktor-faktor yang mempengaruhi kemapanan intervensi Juara Sihat disekolah rendah di Kuala Lumpur. Temu bual bersemuka mendalam dijalankan dengan 26 responden berumur 12 hingga14 tahun yang dipilih melalui persampelan bertujuan daripada kanak-kanak yang terlibat di dalam program Juara Sihattersebut. Transkripsi data verbatim dilakukan dan analisis tema dijalankan. Kajian ini mendapati tema utama yangdikenalpasti sebagai faktor penggalak adalah (1) sokongan keluarga, fasilitator, guru sekolah, dan kawan-kawan; (2)amalan aktiviti fizikal dan pemakanan sihat selepas intervensi; (3) kesedaran kendiri; (4) pengetahuan terhadap piramidmakanan dan pemakanan sihat; dan (5) persekitaran rumah, manakala faktor penghalang adalah (1) tidak konsistendalam pengetahuan; (2) keselamatan diri; (3) rakan sebaya; (4) sikap peribadi; dan (5) bosan terhadap program. Hasilkajian menunjukkan faktor penggalak kemapanan intervensi Juara Sihat yang utama adalah amalan aktiviti fizikal danpemakanan sihat, manakala faktor penghalang utama adalah tidak konsisten dalam pengetahuan. Oleh itu, intervensiobesiti kanak-kanak berasaskan sekolah perlu mempertimbangkan faktor-faktor ini yang mempengaruhi kemapananintervensi. Kajian masa depan dicadangkan untuk mempertimbangkan faktor-faktor tersebut ketika perancanganprogram intervensi obesiti kanak-kanak untuk meningkatkan keberkesanan intervensi obesiti untuk jangka masa yanglebih panjang.DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2019-17SI-18Downloads
Published
Issue
Section
License
It is a condition of publication in the Journal that authors assign copyright to the Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia, using the form available on the Copyright Assignment Form page. This ensures that requests from third parties to reproduce articles are handled efficiently and consistently and will also allow the article to be as widely disseminated as possible. In assigning copyright, authors may use their own material in other publications provided that the Journal is acknowledged as the original place of publication, and Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia is notified in writing and in advance.
Our journal offers an open access articles, which is under the Creative Common license type : Attribution-NonCommercial-ShareAlike (CC BY-NC-SA)