Impak Densiti Payudara dalam Pengesanan Kanser Payudara
Keywords:
densiti payudara, mamografi, negatif palsu, positif palsuAbstract
OBJEKTIF: Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti kategori densiti payudara yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menyebabkan kanser payudara tidak dikesan atau disalah diagnosis. METODOLOGI: Kelulusan etika menjalankan penyelidikan telah diperolehi daripada Jawatankuasa Etika Penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebanyak 495 kes mamografi telah dipilih dari Jabatan Radiologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Semua kes mamografi telah diasingkan kepada 4 kumpulan diagnosis iaitu negative benar, positif benar, positif palsu dan negatif palsu. Kemudian, setiap kes mamografi dibahagikan mengikut empat kategori densiti payudara BI-RADS (I, II, III, IV). Analisis kebarangkalian risiko (odd ratio) setiap kategori densiti payudara dengan keputusan positif palsu dan negatif palsu dilakukan dengan menggunakan ujian regresi logistik. HASIL KAJIAN: Kebarangkalian imej mamografi dalam kategori densiti BI-RAD IV didiagnosis sebagai positif palsu adalah emapt kali ganda berbanding imej mamografi dalam kategori densiti BI-RAD I (odd ratio [OR], 4.27; 95% CI,0.88- 20.67). Manakala, imej mamografi yang mempunyai densiti BI-RAD II dan BI-RAD III mempunyai hampir dua kali ganda kemungkinan didiagnosis sebagai negatif palsu berbanding wanita berdensiti BI-RAD I (odd ratio [OR], 1.59, 1.32; 95% CI, 0.29-8.77, 0.25-7.01). KESIMPULAN: Densiti payudara dalam mamografi mempengaruhi keputusan diagnosis pakar radiologi dalam pengesanan kanser payudara. Kes mamografi yang mempunyai densiti BI-RAD IV lebih cenderung disalah diagnosis. Manakala pengesanan kanser dalam payudara berdensiti BI-RAD II dan BI-RAD III lebih berisiko untuk tidak dikesan. Penelitian yang lebih perlu diberikan dalam mentafsir imej mamografi berdensiti BI-RAD II, III dan IV bagi mengelakkan kanser disalah diagnosis atau tidak dikesan di peringkat awal. Pengesanan awal kanser payudara dapat meningkatkan kemandirian pesakit kanser. DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2021-1901-12Downloads
Published
Issue
Section
License
It is a condition of publication in the Journal that authors assign copyright to the Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia, using the form available on the Copyright Assignment Form page. This ensures that requests from third parties to reproduce articles are handled efficiently and consistently and will also allow the article to be as widely disseminated as possible. In assigning copyright, authors may use their own material in other publications provided that the Journal is acknowledged as the original place of publication, and Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia is notified in writing and in advance.
Our journal offers an open access articles, which is under the Creative Common license type : Attribution-NonCommercial-ShareAlike (CC BY-NC-SA)