Intervensi Kesihatan Di Tempat Kerja Bagi Aktiviti Fizikal Dan Atau Nutrisi Di Negara-Negara Berpendapatan Rendah Dan Sederhana: Satu Ulasan Sistematik
Keywords:
Aktiviti fizikal, intervensi, nutrisi, promosi kesihatan, tempat kerjaAbstract
Sebuah kajian ulasan sistematik telah dibuat dengan tujuan untuk merumuskan program intervensi kesihatan di tempat kerja bagi aktiviti fizikal dan atau nutrisi bagi negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana bermula Januari 2008 hingga Disember 2019. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis intervensi kesihatan dan mengkaji kesan intervensi kesihatan bagi peningkatan aktiviti fizikal dan nutrisi di tempat kerja bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana. Pencarian secara sistematik dilakukan dengan menggunakan pengkalan data Scopus, PubMed dan Web of Science. Kajian ini telah dilaporkan dalam Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta Analyses (PRISMA). Penilaian kritikal menggunakan kaedah McMaster yang telah diubahsuai bagi kajian kuantitatif Uuntuk mendapatkan kualiti metodologi kajian. Oleh sebab heterogeneity data ini, sintesis secara deskriptif dilakukan. Daripada 6940 data kajian yang didapati, 36 kajian menepati semua kriteria inklusi. Terdapat kepelbagaian kaedah intervensi dilakukan termasuk pendidikan kesihatan, perubahan persekitaran dan perubahan tingkah laku melalui amalan gaya hidup sihat. Rumusan hasil dapatan menunjukkan bahawa intervensi kesihatan di tempat kerja boleh memberi kesan positif terhadap kesihatan dan tingkah laku pekerja. Walaupun hasil kajian menunjukkan kesan yang positif, data kajian adalah kurang seragam dan kurang jelas dari segi parameter intervensi dan pengukuran hasil, maka ini telah mengehadkan perkembangan aplikasi hasil ini. Kesimpulannya, intervensi kesihatan di tempat kerja menunjukkan potensi untuk meningkatkan aktiviti fizikal dan menambahbaik nutrisi di kalangan pekerja. Walaupun saranan tentang keberkesanan intervensi tidak dapat dibuat, namun diharap, hasil dapatan kajian ulasan ini dapat menjadi panduan bagi tujuan amalan dan polisi bagi promosi kesihatan di tempat kerja, pada masa akan datang. DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2021-1902-01Downloads
Additional Files
Published
Issue
Section
License
It is a condition of publication in the Journal that authors assign copyright to the Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia, using the form available on the Copyright Assignment Form page. This ensures that requests from third parties to reproduce articles are handled efficiently and consistently and will also allow the article to be as widely disseminated as possible. In assigning copyright, authors may use their own material in other publications provided that the Journal is acknowledged as the original place of publication, and Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia is notified in writing and in advance.
Our journal offers an open access articles, which is under the Creative Common license type : Attribution-NonCommercial-ShareAlike (CC BY-NC-SA)