Perkembangan Bahasa dan Pertuturan Kanak-Kanak Melayu Pengguna Implan Koklea di bawah Program Implan Koklea Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Authors

  • Noryantimarlina Abdullah Program Sains Pertuturan Pusat Kajian Rehabilitasi & Keperluan Khas (ICaRehab) Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur
  • Basyariatul Fathi Othman Eartistic Hearing and Balance Centre Lot B-1-1 Plaza TTDI Jalan Wan Kadir 3 Taman Tun Dr Ismail 60000 Kuala Lumpur
  • Kartini Ahmad Program Sains Pertuturan Pusat Kajian Rehabilitasi & Keperluan Khas (ICaRehab) Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur
  • Philip Rajan Devesahayam Jabatan Otorinolaringologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Jalan Raja Ashman Shah 30450 Ipoh, Perak
  • Yazmin Ahmad Rusli Program Sains Pertuturan Pusat Kajian Rehabilitasi & Keperluan Khas (ICaRehab) Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur

Keywords:

kanak-kanak, implan koklea, bahasa dan pertuturan, Integrated Scale of Development-Malay version 2 (ISD-Mv2)

Abstract

Kemahiran bahasa dan pertuturan merupakan antara komponen penting dalam menentukan keberhasilan penggunaan implan koklea. Kajian ini bertujuan untuk mengukur pencapaian kemahiran bahasa dan pertuturan kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea menggunakan borang soal jawab skala perkembangan dan mengenalpasti faktor demografi yang menyumbang kepada pencapaian kanak-kanak. Kajian ini melibatkan 26 orang kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea daripada Program Implan Koklea Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan umur kronologi antara 33 hingga 99 bulan (Min = 72 + 18.5 bulan) dan umur pendengaran antara 13 bulan hingga 48 bulan (Min = 30 + 10.2 bulan). Instrumen yang digunakan adalah The Integrated Scale of Development-Malay version 2 (ISD-Mv2).  Borang soal jawab diberikan kepada ibu bapa atau penjaga seterusnya temubual melalui telefon dilakukan. Hasil kajian menunjukkan hanya 9 subjek (35%) yang berjaya mencapai skor purata ISD-Mv2 setara atau lebih dari umur pendengaran. Faktor seperti jantina, tahap pendidikan ibu dan bapa dan tahap sosioekonomi keluarga didapati tidak mempengaruhi pencapaian bahasa dan pertuturan kanak-kanak berdasarkan ISD-Mv2. Ini menunjukkan bahawa majoriti kanak-kanak Melayu pengguna implan koklea mempunyai pencapaian bahasa dan pertuturan yang lewat berbanding kanak-kanak dengan pendengaran normal sebaya. ISD-Mv2 merupakan salah satu instrument penilaian yang boleh digunakan untuk membantu terapis pertuturan-bahasa tempatan untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan kemahiran bahasa dan pertuturan berdasarkan laporan daripada ibu bapa sebelum dan semasa habilitasi dari masa ke semasa. DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2022-2001-04

Author Biography

Noryantimarlina Abdullah, Program Sains Pertuturan Pusat Kajian Rehabilitasi & Keperluan Khas (ICaRehab) Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur

Jabatan OtorinolaringologiHospital Raja Permaisuri BainunJalan Raja Ashman Shah30450 Ipoh, Perak

Downloads

Published

2022-02-08

Issue

Section

Audiology & Speech Science