Kemurungan dan Lain-lain Komorbiditi Penyakit dalam Kalangan Wanita yang Terlibat dalam Aktiviti Pelacuran di Kuala Lumpur

Authors

  • Rose Fazilah Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur
  • Rusdi Abd Rashid Prof. Madya Dr. Rusdi Abd. Rashid Pensyarah
  • Haris Abd. Wahab Prof. Madya Dr. Haris Abd. Wahab Pensyarah
  • Zahari Ishak Prof. Madya Dr. Zahari Ishak Pensyarah

Keywords:

(Depression, Female Sex Workers (FSWs), Other Comorbidities Diseases, Kuala Lumpur)

Abstract

Manuskrip ini bertujuan untuk memeriksa kemurungan dan hubungan kemurungan dengan lain-lain komorbiditi penyakit dalam kalangan wanita yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di Kuala Lumpur. Seramai 126 orang wanitayang terlibat dalam aktiviti pelacuran telah ditemu-bual secara bersemuka dengan menggunakan borang soal selidik. Alat Ujian Diagnostik Temu Bual M.I.N.I Neuro-psikiatri 6.0 Versi Bahasa Malaysia digunakan untuk mengukurkemurungan. Manakala lain-lain komorbiditi penyakit diukur berdasarkan status penyakit berjangkit seperti Penyakit Menular Seksual, Hepatitis, HIV dan AIDS. Hasil kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21. Ujiandeskriptif digunakan untuk menentukan status kemurungan. Ujian Khi Kuasa Dua digunakan untuk mengenal pasti perkaitan di antara status lain-lain komorbiditi penyakit berjangkit dengan kemurungan. Hasil analisis ujian deskriptif mendapati seramai 92 orang dari 126 orang wanita yang ditemu-bual telah melaporkan adanya simptom gangguan kemurungan. Hasil analis ujian Khi Kuasa Dua (p=0.05) mendapati status penyakit berjangkit khususnya Hepatitis C mempunyai perkaitan yang signifikan dengan kewujudan kemurungan dalam kalangan wanita yang terlibat dalam aktiviti pelacuran di Kuala Lumpur. Penemuan kajian menggambarkan wanita yang terlibat dalam aktiviti pelacurandan turut menghidapi penyakit Hepatitis C didapati lebih cenderung untuk melaporkan gangguan kemurungan. Justeru, program pendidikan dan rawatan kesihatan mental yang mengkhususkan kepada wanita yang terlibat dalam aktiviti pelacuran perlu diintegrasikan secara bersepadu dalam program-program pencegahan penyakit berjangkit.DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2023-2102-09

Author Biographies

Rose Fazilah, Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur

Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial,Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya50603 Kuala Lumpur

Rusdi Abd Rashid, Prof. Madya Dr. Rusdi Abd. Rashid Pensyarah

Prof. Madya Dr.Jabatan Perubatan Psikologi,Fakulti PerubatanUniversiti Malaya,50603 Kuala Lumpur

Haris Abd. Wahab, Prof. Madya Dr. Haris Abd. Wahab Pensyarah

Prof. Madya Dr.Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

Zahari Ishak, Prof. Madya Dr. Zahari Ishak Pensyarah

Jabatan Pendidikan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur

Downloads

Additional Files

Published

2023-07-25

Issue

Section

Clinical Psychology