KAJIAN RINTIS KESEDIAAN GURU PRASEKOLAH UNTUK MEMPELAJARI ILMU PEMAKANAN MELALUI PLATFORM PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Authors

  • Yi Ting Chong Pusat Penyelidikan Kesihatan Komuniti (ReaCH) Fakulti Sains Kesihatan Univerisiti Kebangsaan Malaysia Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia
  • Bee Koon Poh Pusat Penyelidikan Kesihatan Komuniti (ReaCH) Fakulti Sains Kesihatan Univerisiti Kebangsaan Malaysia Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia
  • Ruzita Abdul Talib Pusat Penyelidikan Kesihatan Komuniti (ReaCH) Fakulti Sains Kesihatan Univerisiti Kebangsaan Malaysia Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia
  • Denise Koh Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Fakulti Pendidikan Univerisiti Kebangsaan Malaysia 43600, Selangor Dahrul Ehsan Malaysia
  • Georgia Livan Nelson Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 94300, Kota Samarahan, Sarawak Malaysia
  • Julia Ai Cheng Lee Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 94300, Kota Samarahan, Sarawak Malaysia
  • Whye Lian Cheah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 94300, Kota Samarahan, Sarawak Malaysia
  • Cecelia A. Essau School of Psychology University of Roehampton London United Kingdom
  • Edward Leigh Gibson School of Psychology University of Roehampton London United Kingdom
  • Sue Reeves School of Life and Health Sciences University of Roehampton London United Kingdom
  • Carolyn Summerbell Department of Sport and Exercise Sciences Durham University Durham United Kingdom

Abstract

eToyBox merupakan platform pembelajaran dalam talian untuk guru prasekolah bagi meningkatkan literasi kesihatan dan seterusnya memperbaiki tingkah laku kanak-kanak yang berkaitan obesiti. Penilaian terhadap literasi digital, penerimaan bahan pendidikan digital, dan cabaran penggunaan program pendidikan berasaskan internet diperlukan sebelum pembangunan eToyBox. Seramai 54 orang guru prasekolah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kuala Lumpur, Selangor, dan Sarawak yang terlibat dalam fasa intervensi ToyBox Study Malaysia pada tahun 2018 telah menyertai kajian keratan rentas ini. Soal selidik dalam talian diedarkan untuk menilai maklumat sosiodemografi, penggunaan alat komunikasi dan media, dan pandangan guru tentang penyesuaian modul ToyBox kepada bahan pendidikan digital. Subjek telah dihubungi, dan pautan soal selidik dikongsi melalui aplikasi WhatsApp. Kebanyakan subjek (74.0%) adalah perempuan Melayu dengan umur purata 37.7 ± 7.9 tahun. Kebanyakan subjek mempunyai akses internet (94.4%) dan memiliki sekurang-kurangnya telefon pintar, komputer riba atau tablet (94.4%). Majoriti subjek (75.0%) melaporkan kecekapan penggunaan teknologi pada tahap sederhana. Jumlah 65.0% subjek menilai kemahiran mereka dalam pemproses perkataan dan emel pada tahap mahir atau lebih tinggi; namun, hanya 22.0% dilaporkan untuk kemahiran hamparan elektronik lejar. Halangan utama untuk mengakses bahan pendidikan dalam talian ialah gangguan internet (74.1%). Kebanyakan subjek (90.0%) menyokong penyesuaian modul kepada pembelajaran dalam talian dan yakin bahawa ini akan memberi manfaat terhadap pembangunan profesional dan amalan pengajaran guru prasekolah. Kesimpulannya, majoriti subjek mempunyai tahap literasi digital yang sederhana dan bersedia menjalani pembelajaran serta pengajaran dalam talian. Hasil kajian ini boleh memberi panduan kepada pembangunan bahan pembelajaran dalam talian untuk guru prasekolah di Malaysia pada masa hadapan.DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2024-2201-08

Downloads

Published

2024-01-30

Issue

Section

Nutrition & Dietetics