PENGHASILAN DAN PENERIMAAN MINUMAN SUKAN ISOTONIK BERKOS RENDAH DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI
Keywords:
minuman sukan, rose lemonade, penilaian sensoriAbstract
Minuman sukan mengandungi air, karbohidrat, dan elektrolit yang dirumus khas untuk atlet atau individu yang memerlukan. Walau bagaimanapun, majoriti jurulatih dari bahagian Akademi Kejurulatihan Kebangsaan menyatakan kekangan bajet untuk mendapatkan minuman sukan komersial pada skala besar bagi memenuhi keperluan atlet mereka. Oleh itu, satu kajian eksperimental dijalankan untuk menghasilkan minuman sukan isotonik kos rendah (Rose Lemonade) jenis gula putih dan jenis gula perang, dan menilai penerimaannya dalam kalangan pelajar universiti melalui penilaian sensori. Kajian ini melibatkan 50 orang panel iaitu 25 orang pelajar UKM (bukan atlet) dan 25 pelajar UM (atlet). Analisis Kruskal Wallis menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p>0.05) bagi nilai purata untuk kelima-lima atribut antara dua jenis minuman sukan isotonik berperisa Rose Lemonade dalam kalangan pelajar universiti. Penerimaan keseluruhan Rose Lemonade gula perang mempunyai skor purata sebanyak 3.52 ± 0.97 berbanding jenis gula putih iaitu 3.50 ± 1.07. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa kedua-dua formulasi minuman sukan isotonik berperisa Rose Lemonade jenis gula putih dan gula perang boleh diterima oleh panel penilai ujirasa. Penemuan kajian ini memberikan maklumat resipi minuman sukan yang murah dan mudah. Cadangan untuk kajian akan datang adalah melakukan ujian keberkesanan dari segi pembekalan tenaga dan penggantian elektrolit dan jangka hayat minuman sukan ini serta menghasilkan pelbagai perisa bagi memenuhi pengambilan minuman sukan terhadap individu. DOI : http://dx.doi.org/10.17576/JSKM-2024-2201-09Downloads
Published
Issue
Section
License
It is a condition of publication in the Journal that authors assign copyright to the Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia, using the form available on the Copyright Assignment Form page. This ensures that requests from third parties to reproduce articles are handled efficiently and consistently and will also allow the article to be as widely disseminated as possible. In assigning copyright, authors may use their own material in other publications provided that the Journal is acknowledged as the original place of publication, and Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia is notified in writing and in advance.
Our journal offers an open access articles, which is under the Creative Common license type : Attribution-NonCommercial-ShareAlike (CC BY-NC-SA)