Mikroemulsi Ekstrak Polygonum Minus (Kesum) untuk Luka: Pendekatan Berpotensi dalam Penyembuhan Luka

Authors

Keywords:

Mikroemulsi, Polygonum minus, Kesum, Luka.

Abstract

Luka adalah gangguan pada struktur sel, fungsi dan anatomi kulit yang normal mengakibatkan kulit pecah dan terbuka, akhirnya menyebabkan kerosakan pada tisu kulit. Walaupun tubuh manusia berupaya untuk memulihkan integriti kulit selepas kecederaan, terdapat banyak faktor yang boleh menghalang proses penyembuhan luka menyebabkan bantuan perubatan diperlukan. Sejumlah besar individu telah terjejas disebabkan oleh luka pada setiap tahun yang membebankan pesakit dan kemudahan penjagaan kesihatan. Tambahan pula, masalah rintangan bakteria terhadap ubat-ubatan yang meningkat juga menjadi suatu kebimbangan yang merisaukan kerana ini akan mengurangkan lagi bilangan antibiotik yang berkesan untuk digunakan pada jangkitan luka.Tujuan kajian ini adalah untuk menyemak penggunaan ekstrak Polygonum minus untuk penyembuhan luka menggunakan mikroemulsi yang diperbuat daripada menggunakan Kaedah Homogenisasi Tekanan Tinggi. Polygonum minus mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk digunakan pada luka seperti anti-radang, antioksida, antimikrob dan antikulat yang akan mempercepatkan proses penyembuhan luka. Sistem penghantaran dadah yang dipilih dalam semakan kajian ini adalah mikroemulsi, yang bertujuan untuk mengurangkan risiko rintangan bakteria dan kesan sampingan kepada pesakit. Penggunaan ubat secara topikal juga akan meningkatkan kepatuhan pesakit kepada ubat kerana ini akan memudahkan pesakit untuk meletakkan ubat pada bahagian luka.Ciri-ciri fizikokimia, ujian kestabilan dan keberkesanan juga perlu dilakukan untuk memastikan formulasi akhir memenuhi kriteria dan selamat digunakan untuk luka dan menentukan sama ada formulasi ini mempunyai potensidalam rawatan penyembuhan luka.

Author Biographies

Nurul Ain Mohd Anuar, Universiti Kebangsaan Malaysia

Faculty of Pharmacy

Hanisah Azhari, Universiti Kebangsaan Malaysia

Faculty of Pharmacy

Downloads

Published

2025-01-01

Issue

Section

Pharmacology and Pharmacy