Faktor yang Mempengaruhi Kepekatan Serum Digoxin – Implikasi Untuk Pengurusan Dos dan Pencegahan Toksisiti

Authors

  • Aisyah Nuha Mohd Sor
  • Sharmila Shamugam
  • Zainol Akbar Zainal
  • Adyani Md Redzuan UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Keywords:

digoxin, toksisiti, fibrilasi atrium, kegagalan jantung, pemantauan

Abstract

Digoxin digunakan secara meluas dalam rawatan kegagalan jantung kongestif dan fibrilasi atrium. Digoxin mempunyai sifat indeks terapeutik sempit, maka ia memerlukan pengawasan dos yang teliti untuk memastikan keberkesanan dan keselamatan dalam pengambilan dos yang telah diberikan. Ketepatan pengurusan dos digoxin amat penting kerana ia cenderung untuk menyebabkan toksisiti dalam kalangan pesakit. Pengawasan rapi kepekatan digoxin dalam darah akan membantu mencegah toksisiti dan boleh menjimatkan kos rawatan dalam jangka masa panjang. Objektif sorotan kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi kepekatan serum digoxin dalam kalangan pesakit yang telah dipreskrib dengan ubat berkenaan.

Downloads

Published

2025-05-21

Issue

Section

Pharmacology and Pharmacy