Faktor Kanak-Kanak Terbantut dan Budaya Kemiskinan dalam Kalangan Keluarga: Kajian kes di Putrajaya
Keywords:
Budaya, kemiskinan, kanak-kanak terbantut, keluargaAbstract
National Health and Morbidity Survey (NHMS, 2019) mendapati bahawa satu daripada setiap lima kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah terbantut yang melibatkan 560,000 kanak- kanak iaitu sebanyak 20.7%. Data ini menunjukkan bahawa masalah terbantut dalam kanak- kanak terbantut di bawah lima tahun pada tahap yang serius dan masalah malnutrisi di Malaysia amat membimbangkan. Objektif kajian ialah meneroka faktor kanak-kanak terbantut dan budaya kemiskinan dalam keluarga kanak-kanak terbantut di Putrajaya, Selangor. Rekabentuk kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur secara bertulis. Sepuluh informan telah dipilih untuk ini kajian menggunakan teknik persampelan bertujuan. Lokasi di negeri Selangor telah dipilih iaitu di daerah Putrajaya dengan menggunakan persampelan bertujuan. Data temu bual tidak berstruktur dianalisis menggunakan teknik analisis tematik. Hasil kajian mendapati majoriti keluarga kanak-kanak terbantut tidak terdedah kepada program alternatif khas terutamanya untuk kanak-kanak terbantut. Program yang dicadangkan kepada keluarga kanak-kanak terbantut ialah memperbanyakkan lagi aktiviti dan program serta bantuan yang diperlukan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak terbantut untuk menjalani kehidupan normal seperti kanak-kanak lain. Bukan itu sahaja, program yang dihasilkan juga patut mempunyai kriteria membimbing penduduk tempatan bagi mencegah masalah kanak-kanak terbantut ini. Implikasi kajian ialah mengadakan program kesedaran menyeluruh bagi setiap pihak termasuk jugak pihak pekerja sosial supaya mampu membantu keluarga kanak-kanak terbantut di Putrajaya.Downloads
Additional Files
Published
Issue
Section
License
It is a condition of publication in the Journal that authors assign copyright to the Penerbit, Universiti Kebangsaan Malaysia, using the form available on the Copyright Assignment Form page. This ensures that requests from third parties to reproduce articles are handled efficiently and consistently and will also allow the article to be as widely disseminated as possible. In assigning copyright, authors may use their own material in other publications provided that the Journal is acknowledged as the original place of publication, and Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia is notified in writing and in advance.
Our journal offers an open access articles, which is under the Creative Common license type : Attribution-NonCommercial-ShareAlike (CC BY-NC-SA)