Keterangan Melalui Kitābah: Menurut Fiqh dan Undang-Undang Semasa di Malaysia
Keywords:
Kitabah, muharrar, asnad, hujaj, auraq, dokumenAbstract
Kitābah atau dokumen sebagai kaedah pembuktian amat banyak diperbincangkan dalam undang-undang sivil dan diamalkan secara yang meluas di Mahkamah-Mahkamah Sivil. Namun konsep serta pemakaian kitābah di Mahkamah Syariah tidak banyak diperbincangkan secara terperinci dalam undang-undang syariah sungguhpun kitābah dinyatakan secara jelas di dalam al-Qur’an dan Sunnah sebagai kaedah pembuktian. Artikel ini cuba untuk merungkaikan konsep dan skop kitābah dari segi syarak dan perbandingannya dengan undang-undang di Malaysia. Segala bahan, maklumat dan data dalam artikel ini diperoleh dari pemerhatian serta temu bual-temu bual yang dilaksanakan ke atas pengamal undang-undang di Mahkamah Sivil dan Syariah di Malaysia. Maklumat juga turut diperolehi dari buku-buku dan artikel-artikel perundangan di dalam dan luar negara. Hasilnya, faktor kemudahan dan keadaan semasa telah memainkan peranan yang penting terhadap konsep dan pemakaian kitābah itu sendiri.Downloads
Published
2013-01-01
Issue
Section
Articles
License
It is the author’s sole responsibility to ensure that all work submitted does not infringe on any existing copyright. Authors should obtain permission to reproduce or adapt copyrighted material and provide evidence of approval upon submitting the final version of the manuscript. Views expressed by authors are entirely their own. The Editorial Board shall not be responsible for views expressed and the language used in every article.